kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Lakar sejarah tersendiri

KUALA LUMPUR: Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mencatat sejarah ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua, hari ini.

Belum pernah dalam sejarah negara, Sultan atau Raja sama dilantik semula sebagai Ketua Negara sejak sistem giliran memegang jawatan di kalangan sembilan Sultan dan Raja dipraktikkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957. Tuanku Abdul Halim pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 1970 ketika berusia 42 tahun dan kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84 tahun.


Malah yang menambah keunikan pertabalan kali ini ialah Perdana Menterinya Datuk Seri Najib Razak, di mana semasa Tuanku Abdul Halim ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima, perdana menteri pada masa itu adalah ayahanda Najib, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussain, iaitu perdana menteri kedua negara.



Guards marching out after raising the Royal flag at the new Istana Negara complex. NST pix by Sairien Nafis

Selain itu, pertabalan Seri Paduka melakar sejarah apabila upacara pertabalan kali ini diadakan buat pertama kalinya di Istana Negara yang baru di Jalan Duta.


Acara pertabalan bakal menandakan secara rasminya Tuanku Abdul Halim memegang tampuk pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 diadakan dengan penuh adat istiadat dan tradisi beraja di negara ini.


Tradisi beraja dan upacara pertabalan itu, yang mungkin hanya disaksikan dalam tempoh lima tahun diadakan di Balairong Seri, Istana Negara jam 10 pagi ini dan disiar secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Mengikut atur cara raptai penuh yang diadakan di Istana Negara kelmarin, istiadat pertabalan itu akan dimulakan dengan tiupan nafiri dan paluan nobat lagu ‘Raja Berangkat’. - Bernama aripada Kumpulan Nobat Kedah yang mengiringi keberangkatan masuk Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Hajah Haminah ke Balairong Seri.


Istiadat itu dihadiri Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri, Menteri-menteri kabinet, Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri, kerabat diraja Seri Paduka, wakil negara asing serta tetamu kehormat dari dalam dan luar negara. - Bernama


Sumber: myMetro Setempat Rabu, 11 April 2012

Tags: agong, king, sejarah
Subscribe

  • Skor markah bukan tujuan peperiksaan

    ISTILAH penggredan pada lengkung menerangkan pelbagai kaedah yang digunakan oleh pendidik untuk menyesuaikan skor yang diperoleh pelajar dalam…

  • Adakah inflasi gred baik atau buruk

    Anda tentunya mahu memperoleh gred yang baik di sekolah, kolej atau universiti. Dengan keputusan peperiksaan yang baik atau cemerlang pastinya…

  • Gred Inflasi Stagflasi

    Apa yang kita lihat bukan inflasi gred: ini adalah tahap stagflasi Ini adalah peraturan umum bahawa apabila kuantiti item meningkat, nilai…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments