kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Muhyiddin tegur Dong Zong

Tuduhan Kerajaan Pusat mengetepikan SJKC, SJKT tak masuk akal

SHAH ALAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam membidas Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang menuduh Kerajaan Pusat mengetepikan sekolah jenis kebangsaan itu daripada sistem pendidikan negara.

Menegaskan tuduhan itu tidak benar, Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan memberi peruntukan sama rata kepada semua sekolah bantuan kerajaan sama ada ia Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) atau kebangsaan.


 MUHYIDDIN  pada majlis Perjumpaan Strategik Persatuan Penjaja di Kompleks Belia dan Sukan Selangor, Shah Alam, semalam.

MUHYIDDIN pada majlis Perjumpaan Strategik Persatuan Penjaja di Kompleks Belia dan Sukan Selangor, Shah Alam, semalam.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, ini terbukti apabila kerajaan memperuntukkan purata RM2.24 juta setahun untuk setiap SJKC, SJKT (RM1.99 juta) dan sekolah kebangsaan, RM2.26 juta.

“Mereka kata kita tidak pedulikan masalah mereka (SJKC) berdekad lamanya, itu satu pembohongan besar,” katanya dalam pertemuan bersama kira-kira 1,000 guru SJKC dan SJKT di sini dalam siri program tinjauan susulan jelajah ‘Nurani Rakyat’.

Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Timbalan Menteri Kewangan, Donald Lim dan Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.

Pada majlis itu, sebanyak 30 SRJK Cina bantuan kerajaan menerima peruntukan RM5.28 juta manakala 37 SRJK Tamil mendapat RM21 juta. Peruntukan itu adalah daripada tabung RM100 juta yang diluluskan dalam Belanjawan 2012. 
Muhyiddin turut kesal dengan kejadian Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong diejek dalam satu perhimpunan anjuran Dong Zong di Kajang, 25 Mac lalu.

Antara tuntutan pertubuhan itu ialah memindah keluar semua guru yang tidak mempunyai kelayakan Bahasa Mandarin peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari sekolah rendah Cina dan menyediakan kursus khas untuk guru Bahasa Mandarin yang mengajar Bahasa Melayu (BM) atau Bahasa Inggeris (BI) bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun, untuk membolehkan mereka layak untuk mengajar ketiga-tiga mata pelajaran Bahasa Mandarin, BM dan BI.

Muhyiddin menjelaskan masalah kekurangan guru misalnya, bukan isu baru dalam sistem pendidikan negara kerana ia bukan saja berlaku di SJKC tetapi juga membabitkan SJKT dan sekolah kebangsaan.

Bagaimanapun, katanya, ia mampu diatasi kerajaan secara berperingkat.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis pertemuan bersama persatuan penjaja seluruh Selangor di Kompleks Belia dan Kebudayaan di sini, Muhyiddin berkata, cadangan pakatan pembangkang untuk menggunakan wang hasil pelaburan PETRONAS bagi memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan memudaratkan syarikat minyak itu.

Katanya, walaupun PETRONAS adalah penyumbang terbesar kepada pendapatan kerajaan, sebahagian besar daripada subsidi negara disumbangkan oleh syarikat minyak itu bagi meringankan beban rakyat.

“Kalau nak hapuskan PTPTN, perah habis-habisan PETRONAS dan akhirnya syarikat minyak itu nak jadi apa. Jangan orang kata kita membunuh angsa emas kerana nak dapatkan telur emas.

“Itu (sebenarnya) adalah cara pakatan pembangkang nak buat, orang yang tak pandai kira, congak dan boleh hancurkan negara ini,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penghapusan PTPTN jika pembangkang yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan mandat memerintah negara juga bakal menghapuskan skim pinjaman itu sekali gus memusnahkan masa depan pelajar.

Katanya, generasi muda pada masa depan akan mengalami kesukaran untuk menyambung pengajian di universiti jika gagal mendapat biasiswa.

“Ibu bapa nak dapat duit dari bank (tetapi) tidak ada bank yang mahu memberi peruntukan kalau kerajaan yang tidak sediakan RM43 bilion yang mana kita pungut antara RM4 bilion hingga RM5 bilion setiap tahun untuk biayai pula anak-anak lain,” katanya.

Muhyiddin berkata, cadangan Anwar itu sekadar permainan politik dan hanya ingin menjaga hati sekelompok kecil rakyat negara ini.

Oleh Wan Jailani Razak wanjai@bharian.com.my 2012/04/1

Sumber: Berita Harian Online Nasional Jumaat 13 April 2012
Tags: dong zong, education, pendidikan
Subscribe

  • Latah Wilayah atau Negeri

    Adalah saya merujuk kepada artikel ‘ Ada apa dengan istilah ‘wilayah’,’negeri’? ’ bertarikh…

  • Jujur kepada diri sendiri dalam hidup

    Kejujuran atau bersikap jujur adalah suatu perkara yang paling penting. Sentiasalah bersikap jujur dengan diri anda tanpa ragu-ragu mengenai…

  • Menghormati

    Menghormati atau memberi hormat adalah sesuatu yang membawa banyak kekuatan dan kelebihan. Ia mempunyai kekuatan untuk menyatukan atau memisahkan…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments