kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Fokus dalam kelas

PASTINYA ramai tertanya-tanya apakah rahsia pelajar yang mampu memperoleh keputusan cemerlang.

Adakah kerana mereka dianugerahkan kepandaian semula jadi atau dipupuk dengan usaha keras dan tidak mengenal erti jemu. 

Perlu akur bahawa kecemerlangan dan kejayaan bukan datang dengan mudah sebaliknya perlu diselarikan dengan semangat jitu serta sokongan persekitaran. 

Di bawah adalah antara petua kejayaan pelajar cemerlang untuk dikongsi bersama.

  • Memberi tumpuan semasa di dalam kelas.
  • Paduan usaha guru, ibu bapa dan rakan -rakan juga membantu selain memperuntukkan masa sekurang - kurangnya sejam sehari untuk mengulang kaji pelajaran. 
  • Bagi yang beragama Islam, amalkan membaca al-Quran dan Yassin setiap hari. 
  • Sentiasa berusaha gigih, konsisten dan fokus mencapai sesuatu matlamat. 
  • Sentiasa berfikiran positif, optimis dan memupuk sikap mahu bersaing dengan rakan. 
  • Tidak berjaga lewat malam untuk mengulang kaji kerana boleh menyebabkan hilang fokus dalam kelas dan pembelajaran. 
  • Melaksanakan sistem mentor mentee di kalangan rakan sebaya. 
  • Saling bersaing secara positif dengan rakan.
Tags: education, pedagogy
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments