kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Wajah-wajah Anwar

Sejak tahun lalu, nampak perubahan yang ketara pada wajah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Ramai yang bertanyakan mengapa wajah Anwar keruh dan seakan hilang seri?

Cakap-cakap mengenai perubahan wajah Anwar antara topik menarik perhatian masyarakat.

Maka terkeluarkan bermacam-macam analisis dan teori, mengaitkan itu dan ini. Ada yang mengupas dari sudut agama dan tidak kurang melihatnya dari aspek psikologi. Tidak payahlah Awang nyatakan semua yang Awang dengar. Masing-masing boleh membuat tafsiran sendiri.


Lihatlah wajah pemimpin lain sama ada di pihak kerajaan mahu pun pembangkang. Rasanya tiada yang sekeruh Anwar. Seakan-akan segala kegundahan tidak mampu disorok sehingga terpancar di wajah. Lebih-lebih lagi dalam ceramahnya kebelakangan ini, beliau lebih menampakkan emosi keterlaluan.

Apabila beliau bertempik marah menjadikan wajahnya laksana seorang diktator zaman lampau. Di Barat, analisis wajah pemimpin kerap disiarkan menerusi media secara berterus terang.

Jika penampilannya kusam dan air muka berserabut maka ia disusuli dengan reaksi pembaca. Pemimpin mesti kelihatan bersih imejnya, yang juga harus terjelma pada air muka. Adakala gambar sudah boleh menceritakan segala-galanya. Dalam kes Anwar, ia boleh menjadi petunjuk untuk kita semua renungkan.


Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat

Sumber:
Utusan Malaysia Online 22/04/2012

Tags: politik, tokoh
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments