kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Kenali Tayar Kenderaan Anda

Nampak kecil, impak besar

KUALA LUMPUR: Kajian Penyiasatan Kemalangan dilakukan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati jumlah kemalangan akibat daripada masalah tayar pada 2007 hingga 2010 sebanyak 14 kes daripada 430 kes yang berlaku.

Walaupun jumlah kemalangan berlaku akibat masalah ini agak sedikit namun ia menyebabkan impak besar apabila semua kes terbabit membabitkan banyak kematian iaitu melebihi daripada tiga kematian pada satu-satu kemalangan.


Jurucakap Unit Rekonstruksi Kemalangan Miros berkata, masalah tayar menyebabkan unitnya mengadakan satu kajian menyeluruh berkaitan faktor keselamatan tayar bersama Lembaga Getah Malaysia yang dijangka dilakukan bulan depan.

Katanya, kemalangan disebabkan masalah tayar adalah kesalahan pemilik kenderaan itu sendiri seperti tayar digunakan tidak mengikut spesifikasi dibenarkan, menggunakan tayar gantian dan tekanan angin kurang atau berlebihan.


Menurutnya, sikap ambil mudah terhadap penjagaan tayar boleh mengakibatkan kemalangan maut kerana tayar unit terpenting dalam sesebuah kenderaan.




Sumber: myMetro Setempat  Khamis, 14 Jun 2012


Sumber:
Fire Starting Automobil. Blogspot.com Monday, March 14 2011 

Penting sekali memilih tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta.
Jika kereta berenjin 1.3, cukuplah jika menggunakan rim sport bersaiz 14 inci (35 sentimeter).
Jika anda menggunakan sport rim bersaiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, memendekkan jangka hayat peralatan penyerap hentak dan meningkatkan penggunaan petrol.


Cetakan 205/65 R16 95 V membawa maksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 milimeter (mm), ketebalan tayar daripada rim ke permukaan jalan adalah 65 peratus dari kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim berdiameter 16 inci.
V bermaksud tayar sesuai untuk kelajuan sehingga 240 kilometer per jam (km/j) tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.
Nombor 95 pula kapasiti tanggungan sebiji tayar.




Sumber: Fire Starting Automobil. Blogspot.com Monday, March 14 2011 

Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamat digunakan).
Saya beri contoh nombor 0811 bermaksud tayar tersebut di kilang pada minggu ke 08 tahun 2011
 ( 0811 = Bulan Feb, Tahun 2011 tayar tu dikilangkan) dan tarikh expired tayar tersebut jatuh pada 08 tahun 2013..
.Dalam satu tahun lebih kurang ada 48 minggu - kalau 
tayar itu tulis 52 minggu jangan beli..... 
Jadi sekiranya kita dapat ada kedai yang menjual tayar dengan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut, mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya.

Kegunaan tayar bergantung kepada tempoh hayat tayar dan milleage tayar. Walau pun bunga banyak tapi kalau dah guna lebih 2 tahun wajar ditukar sebab getah dah keras
..














Jangan lupa periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan.
Tekanan tayar boleh dilihat pada pelekat yang lazimnya diletakkan di bahagian pintu pemandu sebagai rujukan.
Jangan pam tayar lebih tinggi daripada had yang disyorkan.
Jangan pula biarkan tekanan angin tayar berada di bawah paras yang dicadangkan. 
Sentiasa pastikan angin tayar betul. " Periksa sendiri Pressure setiap 2 minggu.. WAJIB.... kalau ada pressure gauge sendiri lebih baik.. (beli yg bentuk macam pen tu murah jer..) presure tester menunjukkan sampai aras "3" tekanan angin tayar dikira mencukupi.

Tekanan angin tayar untuk kerete 1.3 cc & 1.5 cc tekanan angin dalam lingkungan 190 kpa hingga 230 kpa . Contohnya kalau rim 15' tayar 55 siri. (Standard Gen.2 r waja) Tayar depan letak 210/30.Tayar belakang 190/29.
Kalau kereta Kancil rasanya around 180-200 kpa.

Yang pasti kebanyakkan orang pump tayar kereta dengan tekanan 210 kpa




Tags: kenderaan, tayar
Subscribe

  • Raja, rakyat dan perlembagaan

    TIDAK berapa lama dulu seorang diplomat Thai memberitahu bahawa saya tidak perlu menunjukkan pembesar dan pemimpin Thai berinsut di lantai ketika…

  • Perlembagaan Persekutuan bukan saluran pecat pemimpin

    SAYA terpanggil untuk berkongsi pandangan perundangan mengenai isu ini kerana sejak akhir-akhir ini, ada yang menyatakan pandangan dan tafsiran…

  • Hak kebebasan berhimpun

    DALAM masyarakat demokratik, rakyat memainkan peranan penting menyemak dan mengimbangi (check and balance) cabang-cabang kerajaan supaya tidak…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments