kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Malaysia ku ~ Cuaca

MALAYSIA kini dalam musim kering. Dari segi istilah kajicuaca ia dikenali sebagai Monsun Barat Daya.

Semasa musim ini Malaysia akan mengalami suasana kering dan panas sepanjang masa. Ia berlaku dari bulan Mei hingga September setiap tahun.

Hujan akan turun di negeri-negeri di Pantai Barat, tapi secara terpencil.

Selepas September, Malaysia akan masuk ke musim lembap pula. Ia dikenali sebagai Peralihan Monsun.

Sepatutnya rakyat Malaysia sudah memahami tabii cuaca di Malaysia ini. Jika di Barat mereka sudah mengetahui perubahan cuaca yang akan berlaku. Setiap musim memerlukan mereka membuat persiapan untuk hidup.

Persiapan itu termasuklah dari segi pakaian, peralatan kayu api, makanan untuk menampung keperluan. Di negara-negara maju, setiap musim juga akan memperlihatkan ketibaan musim fesyen-fesyen terbaharu.

Di Malaysia nampaknya kita belum sedar mengenai perihal cuaca ini. Kita sering mengeluh cuaca terlalu panas, kering, jerebu sedangkan itulah cuacanya yang kita alami sejak kita mula hidup di muka bumi Malaysia ini.

Oleh itu, Awang cadangkan kita juga perkenalkan musim seperti di Barat bagi memudahkan kita bersiap sedia.

Disember-Mac dikenali sebagai Musim TENGKUJUH atau Monsun Timur Laut, April akan berlaku Peralihan Monsun, Mei-September akan berlaku Musim KERING atau Monsun Barat Daya dan diikuti Oktober-November berlaku semula Peralihan Monsun.

Setiap peralihan monsun itu akan mengalami cuaca lembap, sebelum ketibaan musim baru.

Jika ini difahami umum, maka tiadalah masalah kita bersedia menjimatkan air, memakai pakaian nipis, menyiapkan topeng muka atau perubatan di Musim Kering serta mempersiapkan diri untuk banjir dan sebagainya di Musim Tengkujuh.

Semasa peralihan monsun, kita juga harus berhati-hati dengan kejadian ribut dan hujan kerap sebelah petang dan senja.


Awang - Fahami Malaysiaku.
Sumber:
Utusan Malaysia Online Rencana 18/06/2012

Tags: cuaca
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments