kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Puasa bukan alasan tidak bersenam

SAYA puasa seharian, mana ada tenaga nak bersenam. Nanti kalau kita dahaga sebab bersenam kena buka puasa pula. Mana larat nak bersenam, kalau pergi bazar Ramadan boleh, hehe...

Itu antara alasan yang sering diberi untuk tidak melakukan senaman semasa berpuasa.

Sebenarnya semasa berpuasa juga kita boleh melakukan senaman yang lebih khusus kepada ketahanan otot, tenaga dan stamina.

Jurulatih Senaman Kurnia Insurans, Yusman Yusoff berkongsi kaedah senaman yang boleh dilakukan walaupun dalam keadaan berpuasa.

Senaman ini selain daripada memberi manfaat pada kesihatan, ia juga lebih tertumpu untuk mengekalkan stamina dan membentuk tubuh badan.

Berikut adalah lima langkah senaman yang bukan sahaja boleh dilakukan semasa berpuasa, sebaliknya juga boleh dilakukan di rumah tanpa sebarang peralatan senaman. - AZRUL/ AZLAN HADI


Sumber: Utusan Malaysia Online Kesihatan 04/08/2012

Tags: health, puasa, ramadhan
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments