OSWALD Braken Tisen termenung seketika apabila diajukan soalan berapakah jumlah buaya yang mendiami semua sungai di Sarawak pada masa ini.
"Saya rasa ada kira-kira 10,000 hingga 15,000 ekor buaya di Sarawak, ini anggaran kasar sahaja kerana sukar untuk tentukan jumlah yang tepat," katanya.
Ketua Bahagian Pemuliharaan Kawasan Terlindung dan Biodiversiti, Sarawak Forestry Corporation (SFC) itu berkata, anggaran berkenaan adalah berasaskan data kepadatan relatif buaya di 22 lembangan sungai negeri itu yang menunjukkan peningkatan memberangsangkan.
Berdasarkan kajian pertama yang dilakukan di Sarawak pada 1985, hanya terdapat 0.054 ekor buaya kelihatan bagi setiap satu kilometer (km) kawasan sungai yang ditinjau.
Buaya Katak/Tembaga (Crocodylus porosus) yang diletakan di dalam peti kayu untuk dieksport ke luar negara di Taman Buaya Jong, Kuching, Sarawak.
Sumber: Utusan Malaysia Online Rencana 8 September 2012 / 21 Syawal 1433