SABAN tahun di Sarawak, pasti ada laporan berita mengenai keganasan buaya yang meragut nyawa manusia sehingga masyarakat mempunyai persepsi yang amat negatif terhadap reptilia itu.
Ada kelompok yang cukup emosional sehingga mahu buaya dihapuskan. Namun adakah ia tindakan yang beretika kerana buaya juga mempunyai hak untuk hidup sementelah kewujudan reptilia itu sendiri telah menjangkau 60 juta tahun, jauh lebih awal daripada manusia.
Bagaimanapun, masyarakat tidak dapat mengelak daripada mempunyai rasa bimbang kerana manusia turut berkongsi habitat yang sama dengan buaya lebih-lebih lagi bagi yang mendiami kawasan tebing sungai di Sarawak.
Seorang penduduk Kampung Empelam menaiki perahu bersama seekor
buaya yang ditembak mati dalam operasi memburu buaya yang dikatakan
mengancam keselamatan penduduk di Sungai Seblak, Sarawak, baru-baru ini.
Sumber: Utusan Malaysia Online Rencana 8 September 2012 / 21 Syawal 1433