MINGGUAN: Mengapa kajian semula sistem pendidikan mahu dilakukan sekarang?
MUHYIDDIN: Dalam menghadapi persaingan global, negara seperti Finland, Hong Kong dan Brunei telah melakukan kajian semula sistem pendidikan masing-masing. Pada masa ini Finland, Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura adalah antara negara yang berada di tangga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti Programme For International Student Assessment (PISA). Kualiti pendidikan di negara-negara ini telah mencapai tahap yang terbaik dan pada masa sama mereka terus bergerak ke hadapan. Kajian semula sistem pendidikan di Malaysia penting untuk meningkatkan mutu pendidikan negara supaya kita dapat mencapai tahap yang terbaik dan tidak ketinggalan dalam perlumbaan global. Pada masa sama, kita hendak memastikan murid di negara ini menerima pendidikan yang berkualiti serta bertaraf antarabangsa agar kita dapat lahirkan modal insan yang boleh bersaing di peringkat global sekali gus meningkatkan daya saing negara.
Tambahan pula, negara kita sedang berada di ambang peralihan daripada negara berpendapatan sederhana ke negara maju berpendapatan tinggi, yang ingin kita realisasikan menjelang tahun 2020. Kejayaan Program Transformasi Ekonomi yang akan memacu transformasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju bergantung kepada keupayaan sistem pendidikan kita melahirkan modal insan yang berkualiti. Selain itu, ibu bapa juga mahukan pendidikan yang berkualiti untuk anak-anak mereka. Dalam tinjauan pendapat yang dibuat semasa siri jelajah Dialog Nasional Pendidikan Negara (DNPN), 98 peratus daripada 3,000 responden mengatakan sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk kerajaan mengkaji semula sistem pendidikan negara ke arah meningkatkan akses kepada pendidikan yang berkualiti.
Apakah sasaran sebenar kajian semula sistem pendidikan negara
Sumber: Utusan Malaysia Online Rencana 09 September 2012