kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Transformasi keahlian Dewan Negara

STRUKTUR sistem perundangan negara yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah mirip sebagaimana yang terhadap di England iaitu House of Lords dan House of Common. Di England House of Common adalah sebagaimana Dewan Rakyat manakala House of Lords dilantik daripada kalangan golongan bangsawan, ilmuwan dan badan-badan bukan kerajaan.

Dalam keadaan ini jelaslah bahawa terdapat pemisahan fungsi dewan-dewan tersebut. Sistem sebegini juga menjadi amalan di beberapa negara lain bukan sahaja di Asia tetapi di seluruh dunia.

Di Malaysia juga Parlimen terdiri daripada dua buah dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ahli Dewan Rakyat terdiri daripada mereka yang memenangi pilihan raya dan merupakan daripada kalangan ahli-ahli politik.

Sementara itu, ahli Dewan Negara dilantik daripada mewakili 13 buah negeri di Malaysia, setiap sebuah negeri akan melantik dua orang ke Dewan Negara.

Fungsi sebenar Dewan Negara akan lebih menyerlah kepada rakyat jelata menerusi transformasi ini. - Gambar hiasan
Work of the House of Lords
How the Lords shares the task of making laws and questioning the government. Source: http://www.parliament.uk/business/lords/

Kerajaan Persekutuan pula akan melantik baki ahli Dewan Negara tersebut yang terdiri daripada dua orang mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang masing-masing bagi Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya manakala 40 yang lain dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong menurut Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara sedemikian sebenarnya juga tidak asing di Malaysia. Umpamanya, di kebanyakan negeri-negeri memang sudah mempunyai dua buah dewan iaitu Dewan Undangan Negeri dan Dewan Diraja. Ahli Dewan Undangan Negeri dipilih melalui pilihan raya manakala ahli Dewan Diraja dilantik oleh baginda Sultan menganggotainya yang terdiri daripada golongan bangsawan, ilmuwan dan orang yang dihormati di dalam masyarakat.

Dalam hal yang demikian adalah amat perlu transformasi dilakukan kepada Dewan Negara iaitu dengan mengambil kira pelantikan ahli Dewan Negara di kalangan tokoh masyarakat, para ilmuwan dan orang yang dihormati.

Penulis tidak mempunyai apa-apa permusuhan dengan mana-mana ahli politik tetapi memandangkan fungsi Dewan yang berlainan di samping menjadi check and balance antara satu sama lain, maka amatlah wajar kedua-dua dewan ini diisi oleh golongan yang berlainan.

Dewan Negara tidak seharusnya dimonopoli juga oleh ahli-ahli politik.

Dengan transformasi ini Dewan Negara tidak lagi hanya dianggap sebagai rubber stamp sahaja dan fungsi sebenar Dewan Negara akan lebih menyerlah kepada rakyat jelata. Memang sudah ada lantikan daripada kalangan bukan politikus sebagai ahli Dewan Negara namun jumlahnya amat kecil berbanding ahli-ahli politik sehinggakan kadang-kadang Dewan Negara dilabel sebagai tempat orang yang kecundang di dalam pilihan raya. Sudah pasti kemuliaan Dewan Negara tercemar dengan reputasi sebegini.

Penulis percaya dengan pelantikan ahli Dewan Negara daripada kalangan bukan politikus, perbahasan di Dewan Negara akan menjadi lebih ilmiah, mantap dan berkesan. Namun penulis sedar keperluan melantik beberapa ahli di kalangan politikus tetapi golongan ini hendaklah tidak mendominasi Dewan Negara tersebut.



Oleh ZAINUL RIJAL ABU BAKAR Utusan Malaysia Online Bicara Agama 11/10/2021 
Tags: parlimen, politik
Subscribe

  • Raja, rakyat dan perlembagaan

    TIDAK berapa lama dulu seorang diplomat Thai memberitahu bahawa saya tidak perlu menunjukkan pembesar dan pemimpin Thai berinsut di lantai ketika…

  • Perlembagaan Persekutuan bukan saluran pecat pemimpin

    SAYA terpanggil untuk berkongsi pandangan perundangan mengenai isu ini kerana sejak akhir-akhir ini, ada yang menyatakan pandangan dan tafsiran…

  • Hak kebebasan berhimpun

    DALAM masyarakat demokratik, rakyat memainkan peranan penting menyemak dan mengimbangi (check and balance) cabang-cabang kerajaan supaya tidak…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments