kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Leptospirosis



Leptospirosis

Pengenalan

Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).

 
AL-FATIHAH
AL-FATIHAH
 
Ia berlaku begitu pantas, pergi ke klinik 8/April, diagnosi sangkaan demam biasa. 4 hari kemudian pada 12/April pergi ke hospital apabila mula sukar bernafas. Tahan wad selama 12jam, apabila keadaan tambah kritikal di pindah ke unit rawatan rapi (ICU) selepas 20jam Allah telah menjemput beliau

Muhammad Muadz Md Akhir (28/10/1992 - 14/04/2009) MRSM TAIPING – FORM 5

Faktor risiko termasuklah:

Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.

Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.

Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

  Tanda dan Gejala

 

Gejala :

 

1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari)..

 

 

2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.

3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)

4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.

5. Radang selaput mata.

6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paruparu atau ruam.

  Tanda dan  ujian makmal

Tanda

 

1. Ujian sel darah putih (WBC).

 

2. Analisa air kencing juga menunjukkan keputusan luar biasa.

3. Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50% pesakit.

4. Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.

5. Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).

6. Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap (dark field microscopy), silver stained atau mikroskopi floresent.

7. Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui darah dan air tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal diperlukan.

8. 50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah.

9. Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit (illness) dan kekal sehingga 30 hari.

 

 

Komplikasi

 

 

 

(Expectations)(prognosis)

 

Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.

Harapan

 

 

:

Komplikasi

 

Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.

 

Jangkitan kuman di otak (Meningitis).

Perdarahan yang teruk.

Respiratory (distress).

Kegagalan fungsi hati.

Kegagalan fungsi buah pinggang

 

 

Rawatan

 

Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

 

 

 

Pencegahan

 

Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.

 

 

p/s: rumah sapa yang ada tikus tu elok benor ler bela kucing.. bela kucing yg cute2..

1993
1993

2009
 
2009

Terima Kasih kepada rakan2 yg telah memberi simpati sokongan dan doa. Zila, Hana, Wankomeng, Is, Ajib, Kimal, Azidah, Kak Akma, Nas, Epoi, Din. Begitu juga kpd Capik, Roy n Radin yg telah ziarah ke rumah dan rakan2 yg lain yg telah mendoa kn utk arwah. Semoga roh beliau di tempatkan anak2 yg soleh... Amin.







Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments