kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Utusan Melayu temu bual Mat Kilau secara eksklusif

AKHBAR Utusan Melayu dan Utusan Malaysia merupakan akhbar pertama di negara ini yang menemui Mat Kilau untuk mendapatkan temu bual secara eksklusif dengannya selepas kemunculan semula pahlawan Melayu itu.

Wawancara eksklusif yang disiarkan di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 29 Disember 1969 itu bertajuk Sah: Pahlawan Mat Kilau maseh hidup hasil laporan Nordin Mohammad dan Haji Alang Ahmad.

Dalam wawancara itu, Mat Kilau memberitahu, beliau menukarkan namanya kepada Mat Siam kerana dititahkan oleh Almarhum Sultan Abdullah apabila baginda menitahkannya berpindah dari Kampung Tanjung Medang, Pekan ke Kampung Batu Lima, Jalan Maran-Kuantan sekitar 1927.

Beliau yang membahasakan dirinya sebagai Aki memberitahu, baginda bertitah demikian kerana bimbang orang-orang Inggeris yang masih berkuasa di Pahang ketika itu mengetahui dirinya masih hidup.

Dalam pada itu, beliau turut menyingkap semula kisah-kisah hidup dan perjuangannya suatu ketika dahulu.

Menurutnya, dalam peperangan Kuala Lipis-Budu, beliau telah membunuh sepasukan tentera upahan Inggeris terdiri daripada orang-orang Sikh di Kuala Tembeling.

"Perang itu sangat dahsyat. Aki terpaksa menghadapi hujan peluru yang ditembak oleh tentera tersebut," katanya sambil memberitahu bahawa beliau menggunakan sundang dan beberapa senjata lain dalam perang tersebut.



Mat Kelantan (bercermin mata) memegang Mat Kilau bagi mengenal pasti pahlawan itu sewaktu pertemuan semula mereka
di Pusat Latihan Pertanian, Paya Besar, Kuantan pada 6 Februari 1970.


Ditanya mengapa meninggalkan Pahang setelah berpecah dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau terdiam seketika sebelum memberitahu beliau sebenarnya telah dihalau oleh pentadbir British, Sir Hugh Clifford.

Clifford katanya bertindak biadab dengan menyifatkan dirinya sebagai 'babi lemak'.

"Sejak itulah Aki merantau dari kampung ke kampung. Akhirnya Aki sampai di Kampung Panar dan Kampung Jambu di Pattani, Siam. Di situ Aki menjadi guru silat," katanya.




Utusan Malaysia Online Rencana 10/11/2012

Tags: tokoh
Subscribe

  • Kisoh Igak Ikang

    Doh wak gane ni orrrkk , kisoh petang ning lepah ' minung bir' .... bace deh ... kawang daghi ganu ato ... jangang maghoh ke ambe plok ...…

  • Kursus Bahasa Untuk Penerbangan ~ Loghat Perthliess (Abi)

    Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Sat lagi kita nak mendaghat di Lapangian Teghebiang Cupin Tali pinggiang tu tulung pakai takut nye pelantin pi depan sat…

  • Online education must continue

    Learning sessions and approaches through educational television will be taken to provide students without access to the internet but access to…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments