kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Chu Salleh orang kepercayaan Mat Kilau

SEBAIK tiba di sebuah rumah papan usang di Kampung Semangat, Kuantan, Pengerusi Biro Penyelidikan Silat Negeri Pahang, Mazlan Hashim yang membawa penulis ke situ lantas memberi salam.

Malangnya salam itu tidak bersambut. Lalu kami memutuskan untuk melangkah ke dalam rumah itu yang pintunya luas ternganga.

Di bahagian tengah rumah, terlihat seorang tua berbaring di katil. Bantalnya sudah berkulat manakala, keadaannya jelas tidak bermaya akibat serangan strok pada 2007.

Lelaki itu sebenarnya bukan calang-calang orang. Beliau ialah rakan karib Mat Kilau suatu ketika dahulu iaitu Mat Salleh Tahar, 76, yang juga Guru Tua Seni Silat Cekak Menanti serta mesra dipanggil Chu Salleh.


Penulis menemu ramah Mat Salleh Tahar yang uzur.

Apabila diajak berbicara tentang Mat Kilau, sedaya mungkin Chu Salleh cuba bertutur. Digagahkan kudrat tuanya untuk mengiring menghadap penulis.

"Saya mula berkenalan dengan Mat Kilau yang ketika itu masih menggunakan nama Mat Siam ketika berkursus di Taman Pertanian Negeri Pahang di Kuantan. Orangnya baik tetapi hidup susah. Saya berasa kasihan melihatnya.

"Beliau suka bercerita kisah-kisah lama. Katanya, beliau cucu Tok Gajah dan anak kepada Teh Ibrahim sedangkan hakikat sebenar Tok Gajah adalah ayahnya dan Teh Ibrahim merupakan adiknya. Dia buat begitu mungkin kerana mahu sembunyikan identiti sebenar daripada saya," katanya.

Chu Salleh mendakwa, Mat Kilau pernah memberinya peluang untuk menjaga tudung perang yang menjadi antara barangan kesayangan pahlawan itu.

"Saya berminat dengan kain itu. Warnanya hendak dikata hijau tidak hijau, kuning tidak kuning. Apabila ditanya pada Ayah Mat adakah itu kain cindai, jawabnya bukan. Itu adalah tudung perang pemberian Tok Gajah.

"Saya minta untuk membelinya dengan harga RM2, tetapi Ayah Mat beritahu kain itu tidak ternilai harganya. Saya minta cebisannya tetapi Ayah Mat beritahu kain itu tidak boleh dipisahkan. Kalau diceraikan, kita putus dengan guru," ujarnya.

Melihatkan minat Chu Salleh terhadap kain itu selain percaya padanya, Mat Kilau lalu membenarkan rakannya itu menyimpan tudung perang tersebut dan diajar cara pemakaiannya.

"Ayah Mat beritahu, kalau hendak menghadap raja, ekornya dililit tegak ke atas. Kalau hendak berhadapan musuh, lilit di kepala dan ekornya jatuh di dada kamu," katanya.

Tambahnya lagi, setelah Mat Kilau mendedahkan identiti, anak kepada pahlawan itu bernama Omar ada datang menemuinya untuk meminta agar tudung perang itu dikembalikan.

"Namun tudung perang itu tidak diserahkan. Saya hanya mengembalikannya kepada Mat Kilau sendiri apabila menziarahnya selepas itu di rumahnya di Batu 5, Paya Besar," jelasnya.



Utusan Malaysia Online Rencana 10/11/2012
Tags: tokoh
Subscribe

  • Education is a learning curve

    TERTIARY level students, especially those in their final year, are a step away from graduation and have one foot in the working world. I must admit…

  • Online education must continue

    Learning sessions and approaches through educational television will be taken to provide students without access to the internet but access to…

  • There are more things than PPSMI 2.0

    The PPSMI issue is back in the news. The BM Linguistic group is again against the proposal. It is seen as a one-man show by an obsessed man and…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments