kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Kaji naik pangkat time based

PEMBERIAN kenaikan pangkat kepada para guru diharapkan dapat memartabatkan profesion perguruan. Pemberian ini akan dapat meningkatkan lagi profesionalisme perguruan dan disegani oleh masyarakat umum. Apa tidaknya, guru bukan sahaja menjadi pemimpin di sekolah, malah masyarakat setempat menghargai bebanan tugas guru.

Saya ingin syorkan kenaikan pangkat secara time based perlu dikaji semula agar tidak berlaku pembaziran wang kerajaan. Contohnya, guru yang tidak menunjukkan prestasi cemerlang perlu ditangguhkan pergerakan gaji secara time based. Ada guru yang telah burn out perlu diberi motivasi sebelum di beri time based.

Apa yang diperhatikan trend sekarang ini, guru hanya leka menunggu tahun untuk dinaikkan pangkat. Pada mereka buat apa susah-susah kerja, bila sampai masanya pergerakan ke gred yang lebih tinggi akan berlaku juga.

Adalah disyorkan, pergerakan gaji secara time based dilakukan secara bersyarat. Contohnya kepada guru-guru yang benar-benar komited dan cemerlang melaksanakan tanggungjawab perguruan. Tetapi, bagi guru yang bermasalah dan kurang berprestasi, pergerakan time based perlu ditangguhkan.

Guru-guru yang terlibat dengan perniagaan dalam apa bentuk sekalipun seperti jualan langsung, mengajar di pusat-pusat tuisyen, perlu di beri kata dua sama ada hendak di beri pergerakan gaji time based atau tidak.

Penilaian seorang guru untuk diberi anjakan gaji time based perlu dibuat secara menyeluruh. Para pelajar juga diberi peluang untuk menilai ketokohan guru selain pihak pengurusan atasan.

Selain itu, satu kuasa yang direktif perlu diberikan kepada pengetua sekolah sama ada boleh menyokong kenaikan pangkat secara time based atau tidak.

Bagi guru-guru yang telah dinaikkan secara time-based tetapi didapati melakukan kesalahan, adakah pergerakan time based ini akan dibatalkan atau tidak? Sewajarnya pergerakan time based boleh dibatalkan pada bila-bila masa sekiranya berlaku pelanggaran disiplin dan kesalahan yang lain.

Di peringkat IPTA, yang tidak ada time based pun, untuk pergerakan gaji dan kenaikan pangkat, mesti memenuhi tujuh kriteria, iaitu:

* Pengajaran dan penyeliaan

* Penyelidikan dan penerbitan

* Perundingan dan kepakaran

* Persidangan/seminar/bengkel

* Khidmat universiti/masyarakat

* Sanjungan dan anugerah akademik

* Kepimpinan dan kualiti peribadi

Jadi, satu penanda aras dan garis panduan perlu dirangka agar pergerakan gaji secara time based di kalangan pendidik tidak menjadi satu yang sia-sia, sebaliknya memberi kesan yang baik dalam budaya pendidikan.

Kajian perlu dibuat terhadap guru-guru yang telah menikmati pergerakan gaji secara time-based. Adakah terdapat impak yang cemerlang dalam sistem pendidikan negara?


PENEROKA ILMU Sungai Petani, Kedah Utusan Malaysia Online Forum  13/11/2012

Tags: guru, teachers
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments