Adakah jika murid yang kena gigit anak Menteri atau ayahnya berpangkat Datuk, barulah mereka ambil perhatian? Itulah dunia dua darjat dalam isu pendidikan.
Yang pelik, walaupun kes ini adalah benar, murid yang menggigit masih bersekolah dan tiada sebarang tindakan daripada pihak sekolah, PPD Tampin atau Kementerian Pelajaran Malaysia. Adakah jika murid menggigit 100 orang murid atau menggigit anak Menteri barulah diambil tindakan?
Pada 27 September 2012, saya telah menghantar surat aduan kepada Menteri Pelajaran di Kementerian Pelajaran Malaysia di Putra Jaya, namun saya mendapati surat itu tidak sampai ke tangan YB Menteri Pelajaran.
Setelah mendapat maklumat surat aduan tidak sampai kepada Menteri Pelajaran, penulis menghantar surat kali kedua kepada Pegawai Khas Menteri Pelajaran di tingkat 10, Kementerian Pelajaran Malaysia Putra Jaya pada 9 Oktober 2012, namun sehingga hari ini tiada balasan.
Itulah nasib rakyat biasa seperti saya. Slogan pencapaian diutamakan hanya retorik sampah. Rakyat didahulukan hanya moto gula-gula untuk perbodohkan rakyat.
Saya adalah ahli Umno dan isu ini amat mencabar pandangan politik saya. Sikap sekolah, Pejabat Agama Tampin, Pejabat Pelajaran Tampin serta Kementerian Pelajaran Malaysia amat mendukacitakan.
Mungkin berlaku banyak kes buli di sekolah, namun Kementerian Pelajaran mungkin sengaja menyorokkan kes demi menjaga nama baik sekolah. Berapa ramai ibu bapa tidak membawa kes buli ke Mahkamah kerana miskin dan buta undang-undang?
Saya semakin terkilan apabila mendapati GPK1 yang terlibat dalam kes ini telah dipindahkan sekolah dan dinaikkan pangkat kepada Guru Besar.
Yang menyedihkan lagi pelbagai surat telah dihantar mellaui emel dan faks kepada beberapa media utama tidak mendapat layanan setimpal. Itulah nasib seorang rakyat biasa yang dilayan seperti sampah.
Hj Saat Hj Sulaiman, Cempaka Bersatu Ent,,Lot 4740 Kedai Taman Pasir Besar ,73400 Gemas Negeri Sembilan Harakah Daily Surat Pembaca 3 Muharam 1434H | 17 November 2012