Saya amat berharap instrumen (soalan) dapat dikurangkan supaya guru dapat mengajar secara efektif dan mengelakkan murid berasa jemu. Selain itu, deskriptor (kehendak lembaga peperiksaan) untuk membina soalan subjek sangat susah untuk difahami. Saya menghadapi masalah untuk membina instrumen bagi band 4, 5 dan 6. Saya berharap PBS dapat dikaji semula agar guru dapat memberi fokus kepada pengajaran dan mendidik kerana itulah kerja guru yang sebenar. Terus terang guru tidak dapat fokus kepada pengajaran kerana mengejar masa untuk menyiapkan PBS berdasarkan kehendak lembaga peperiksaan.
Syahril Hassan Harakah Daily Surat Pembaca 3 Muharram 1434 H | 17 November 2012