kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Hutang kad kredit bukan sebab utama muflis

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Hutang kad kredit bukan penyebab utama individu di negara ini diisytiharkan muflis.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin (gambar) berkata, hutang kad kredit hanya lima peratus daripada kes muflis berbanding sewa beli kenderaan iaitu 25 peratus, pinjaman peribadi 13 peratus serta pembiayaan perumahan 12 peratus.

Menurut beliau, kerajaan melaksanakan pelbagai pendekatan mengawal pemilikan kad kredit termasuk menetapkan yuran pendahuluan dan caj bayaran lewat yang tinggi.

"Caj-caj ini bukan dibuat pengeluar kad kredit sebaliknya dikenakan oleh kerajaan.


"Caj-caj ini bukan dibuat pengeluar
kad kredit sebaliknya dikenakan oleh
kerajaan
." 
 Gambar hiasan

"Kerajaan mengambil langkah ini sebagai kawalan perbelanjaan dan penggunaan kad kredit dalam kalangan rakyat," katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Awang Adek mengulas cadangan Senator S. Ramakrishnan supaya kerajaan mengambil tindakan mengurangkan caj dan yuran kad kredit yang dianggap beban besar kepada pengguna.

Tambah Awang Adek, caj lewat bayar kad kredit yang dikenakan agak rendah iaitu satu peratus daripada jumlah baki belum dijelaskan tertakluk kepada jumlah minimum sebanyak RM10 dan maksimum sebanyak RM100.

Tegas beliau, caj itu tidak perlu dibayar sekiranya pengguna membayar sekurang-kurangnya jumlah minimum sebelum atau pada tarikh akhir pembayaran setiap akhir bulan.

"Pengguna mesti prihatin kad kredit bukan sumber pinjaman atau kredit mudah tetapi instrumen pembayaran," ujarnya.

Beliau berkata, ketika ini, sebanyak 3.3 juta kad kredit digunakan daripada 8.1 juta kad kredit yang diedarkan oleh institusi kewangan di seluruh negara.


Utusan Malaysia Online Parlimen 6 Disember 2012 / 22 Muharam 1434
Tags: hutang
Subscribe

  • Tiga dekad lawan persepsi

    MUKADIMAH : PADA 7 Julai ini, Proton Holdings Berhad (Proton) akan menyambut ulang tahun ke-30 tahun penubuhannya sebagai pengeluar kereta…

  • PROTON, PERODUA galas cabaran

    PELANCARAN dua model kereta oleh perusahaan automotif nasional, PERODUA dan PROTON bagi menghadapi industri automotif dunia yang kompetitif dan…

  • Perodua lwn Proton

    Industri automotif jenama tempatan tidak kurang hebatnya apabila kedua-dua mereka mula menunjukkan taring masing-masing dalam melancarkan produk…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments