kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Antara gaji RM500 di tahun 70-an dan RM2,000 sekarang

SEDAR atau tidak mata wang ringgit Malaysia semakin menyusut nilainya kerana berkemungkinan harga barang semakin naik begitu mendadak sekali. Nilai RM100 umpamanya, adalah seperti nilai RM20.

Bayangkan dengan RM20 itu pada tahun 70-an kita boleh membeli ikan kembung lima kilo dengan harga hanya RM12 dan dengan RM1 kita boleh bersarapan pagi dengan dua bungkus nasi lemak dan telur serta segelas air teh tarik.

Begitu juga dengan RM20 di masa zaman 70-an dahulu, kita mampu menyara hidup sekeluarga untuk beberapa hari serta dapat membayar tiket bas untuk ke bandar dan dapat pula memberikan belanja sekolah anak- anak sebanyak 30 sen sehari dan sudah memadai kerana sebungkus nasi lemak di kantin hanya 10 sen sahaja dan minuman juga 10 sen sahaja.

Kini di tahun 2012, nilai RM20 hanya boleh membeli sekilo ikan kembung yang berharga RM14 sekilo dan hanya dapat bersarapan pagi untuk sepinggan nasi lemak dan telur serta teh tarik sekali makan sahaja.

Untuk tambang dan belanja anak- anak ke sekolah pula sekurang-kurangnya memerlukan RM5 seorang pelajar dan itu pun kadangkala tidak memadai kerana harga makanan seperti nasi lemak dan air teh tarik umpamanya tidak kurang daripada RM3 dan apabila dimasukkan harga tambang RM2 diperlukan untuk pergi dan balik sekolah.

Oleh yang demikian mereka yang bergaji RM500 di tahun-tahun 70-an apabila dinilaikan semula di tahun 2012 ia sama nilainya dengan RM2,000 dan itu pun lebih baik status seseorang itu yang bergaji RM500 di tahun 70-an lagi.

Seseorang pekerja yang sudah berumah tangga memerlukan sekurang-kurangnya bergaji RM3,000 sebulan dan mereka yang masih bujang pula sekurang-kurangnya mendapat gaji RM2,000 barulah boleh dikatakan sebagai gaji minimum yang diperlukan untuk saraan hidup yang boleh dikatakan sempurna hidupnya di negara Malaysia ini.


SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL AMPANGAN SEREMBAN Utusan Malaysia Online 25/12/2012

Tags: gaji, pendapatan
Subscribe

  • Kisoh Igak Ikang

    Doh wak gane ni orrrkk , kisoh petang ning lepah ' minung bir' .... bace deh ... kawang daghi ganu ato ... jangang maghoh ke ambe plok ...…

  • Kursus Bahasa Untuk Penerbangan ~ Loghat Perthliess (Abi)

    Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Sat lagi kita nak mendaghat di Lapangian Teghebiang Cupin Tali pinggiang tu tulung pakai takut nye pelantin pi depan sat…

  • Taking care of mental health

    Students at my place are now at home after finishing their final semester papers. With the on-going fasting month, many will of course be happy to…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments