KUCHING: Pahlawan negara Datuk Temenggong Kanang Langkau, meninggal dunia awal hari ini di Hospital Umum Sarawak.
Mendiang berusia 68 tahun.
Beliau meninggal dunia pada jam 1.45 pagi, tidak lama selepas digegaskan ke hospital selepas pengsan di rumah akibat sesak nafas, kata balunya Datin Brawang Chunggat.
PEJUANG negara yang berjuang pada zaman darurat diketuai oleh Datuk Kanang Langkau (kiri)
diberi penghormatan sempena Sambutan Hari Malaysia Ke-49 di Bintulu, 16 September tahun lalu.
diberi penghormatan sempena Sambutan Hari Malaysia Ke-49 di Bintulu, 16 September tahun lalu.
"Kami sekeluarga masih terkejut kerana beliau tidak pernah mengadu sakit dan memang kelihatan sihat walafiat," katanya.
Kanang, yang bersara sebagai Pegawai Waran 1 daripada 8 Batalion Ranger, Angkatan Tentera Malaysia, merupakan soldadu tunggal yang menerima pingat Sri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) iaitu pingat keberanian tertinggi negara, ketika masih hidup. - BERNAMA
Berita Harian Online Nasional 03/01/2013
Pahlawan Negara meninggal
Kuching: Penerima tunggal dua pingat tertinggi negara, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, 68, menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung di rumahnya di Sungai Apong di sini, awal pagi semalam.
Pahlawan Negara itu bersama isterinya, Datin Brawang Anak Chunggut, 55, sedang menonton televisyen kira-kira jam 11 malam kelmarin, sebelum beliau mengadu sakit dada dan batuk beberapa kali.
Pengsan dan rebah
Pahlawan Negara itu bersama isterinya, Datin Brawang Anak Chunggut, 55, sedang menonton televisyen kira-kira jam 11 malam kelmarin, sebelum beliau mengadu sakit dada dan batuk beberapa kali.
Pengsan dan rebah
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang menemui Brawang
ketika menziarahi jenazah Kanang di Hospital Umum Sarawak, Kuching, semalam.
Brawang kemudian cuba membantu suaminya, namun Kanang pengsan dan rebah menyebabkan beliau terpaksa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) pada jam 1 pagi dan disahkan meninggal pada jam 1.45 pagi.
Brawang berkata, suaminya sebelum itu tidak pernah mengadu sakit malah mereka sepatutnya ke Kuala Lumpur bagi membantu promosi kopi yang menjadikan Kanang sebagai jurucakapnya.
“Kami sedang berehat seperti biasa sambil minum kopi dan menonton televisyen di ruang tamu sebelum Kanang berpeluh dan mengadu sakit dada. Saya cuba menyuruhnya minum tapi dia tiba-tiba pengsan.
“Ketika itu hanya kami berdua berada di rumah. Saya kemudian meminta bantuan jiran yang menghubungi ambulans sebelum Kanang dibawa ke hospital,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat HUS.
Kanang yang menamatkan perkhidmatan dengan pangkat Pegawai Waran 1 dianugerahkan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB) selepas terbabit dalam Ops Gerakan Khas Setia di Tanah Hitam, Perak pada 1980.
Pengebumian Ahad ini
Difahamkan, majlis Penghormatan Negara akan diadakan bagi mendiang dan majlis pengebumian bakal diadakan di Makam Pahlawan Sarawak pada pagi Ahad ini.
Sementara itu, anak saudara mendiang, Timothy Jamit, 34, berkata ahli keluarganya di rumah panjang Engkulau, Wong Besi Api, Julau, sudah mengesyaki sesuatu selepas melihat Kanang meminta diadakan doa selamat untuknya pada sambutan Krismas lalu.
“Kanang sangat luar biasa ketika balik meraikan Krismas lalu. Dia sungguh ceria malah berkunjung ke setiap pintu rumah panjang di kampung bagi bertemu semua saudara-maranya.
“Dia ada menyatakan hasrat mengadakan majlis doa selamat namun ia tidak sempat diadakan. Malah ketika malam tahun baru juga dia begitu gembira meraikannya,” katanya.
M Hifzuddin Ikhsan | hifzuddin@bharian.com.my Berita Harian Online Nasional 04/01/2013
PAHLAWAN Negara, Pegawai Waran I (B) Kanang anak Langkau, menyifatkan tiada kebebasan
yang lebih hebat selain daripada nikmat mencapai kemerdekaan dengan rakyat bebas untuk bergerak
ke mana-mana tanpa ada perasaan takut atau bimbang.
Sumber: Berita Harian Online - Perjuangan untuk negara tak berakhir 2010/08/2 M Hifzuddin Ikhsan
yang lebih hebat selain daripada nikmat mencapai kemerdekaan dengan rakyat bebas untuk bergerak
ke mana-mana tanpa ada perasaan takut atau bimbang.
Sumber: Berita Harian Online - Perjuangan untuk negara tak berakhir 2010/08/2 M Hifzuddin Ikhsan
Isteri Kanang anak Langkau meninggal
KUCHING: Isteri Pahlawan Negara, Temenggong Kanang anak Langkau meninggal dunia petang kelmarin akibat barah yang dihidapinya sejak beberapa bulan lalu.
Mendiang Helen Latai anak Intie, 61, menghembuskan nafas terakhir di kediaman mereka di Kapung Putat, Sri Aman, jam 5.30 petang kelmarin.
Kanang, 66, ketika dihubungi berkata, penyakit isterinya itu dikesan di Hospital Umum Sarawak, kira-kira tiga bulan lalu dan sejak itu beliau berehat di rumah.
“Sebelum menghembuskan nafas terakhir, dia tenat dan terlalu lemah sehingga tidak langsung berpeluang memberitahu sesuatu kepada kami,” katanya yang turut memaklumkan jenazah mendiang dijangka dikebumikan di Sri Aman, esok.
Kanang, bekas tentera berpangkat Pegawai Waran 1 dikagumi ramai kerana keberanian luar biasa yang ditunjukkannya ketika era menentang pengganas komunis.
Beliau menerima anugerah pingat kebesaran tertinggi Persekutuan, Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB).
Sumber: Berita Harian Online Nasional 22/01/2011