kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Muslihat DAP

BELUM pernah berlaku dalam sejarah tetapi itu terjadi ketika DAP di bawah era Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

DAP mendakwa berlaku kesilapan kiraan undi pada keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), baru-baru ini.

Kesilapan itu hanya diumumkan selepas tiga minggu pemilihan CEC.

Lalu DAP membuat ‘pembetulan’ dengan menyaksikan salah seorang daripada kesemua lapan calon Melayu yang kalah teruk dalam pemilihan tersebut, dipilih semula.

Zairil Khir Johari, yang juga pembantu politik Guan Eng kini berada dalam barisan CEC yang dipilih. Beliau sebelum ini dilantik ke jawatan itu walaupun tewas.

Banyak persoalan berlegar. Paling ketara ialah undi Zairil boleh melonjak daripada 306 kepada 803.

Memang pelik. Awang terasa seperti mahu tergelak berguling-guling memikirkan sampai begitu sekali DAP terdesak. Kalau Awang jadi Zairil, Awang tidak akan menerima keputusan terbaharu ini. Ia suatu penghinaan tersembunyi melainkan Zairil memang mudah dipermainkan.

Pada firasat Awang, DAP mula menyedari kesan besar akibat daripada keputusan CEC apabila perwakilan menolak semua calon Melayu dalam pemilihan CEC. Mereka bukan sahaja ditolak malah dimalukan dengan undi yang rendah.

Awang menulis dalam ruangan ini dua minggu lalu betapa keputusan CEC mencerminkan DAP bukan parti pelbagai kaum sebagaimana dilaung-laungkan oleh para pemimpinnya.

Ia adalah isyarat yang salah kepada masyarakat Melayu. DAP ghairah mahukan sokongan Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tetapi tidak mahu memberikan kepercayaan kepada Melayu dipilih ke jawatan CEC.

Maka boleh ditafsir bahawa Melayu yang merupakan kaum utama akan terpinggir jika DAP dan pakatan pembangkang berkuasa.

Percayalah kaum lain selain Cina sekadar pinggiran. Sepatutnya lebih ramai calon India dalam CEC atas sumbangan mereka kepada parti tetapi cuma tiga terpilih termasuk dua daripada dinasti Karpal Singh. Nasib Melayu lebih buruk dengan nilai kepada DAP cuma 10 sen.



Bisik-Bisik Awang Selamat Utusan Malaysia Online Rencana 06 Januari 2013
Tags: politik
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments