kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Sihat lepas bersalin

MENGANDUNG adalah satu proses yang akan menyebabkan berlaku perubahan pada urat-urat saraf di bahagian badan wanita.

Kemudian, apabila selepas bersalin pula, wanita akan mengalami satu komplikasi seperti rahim akan jatuh dan menjadi kembang.

Pemilik Yoyoy Khamphora Spa, Nurul Huda Saparuddin, 28, berkata, wanita selepas bersalin perlu menjaga pantang dari aspek dalaman dan luaran supaya tubuh kembali normal dan sihat.


Herba-herba dilumurkan pada badan untuk membantu mengeluarkan angin.

"Beberapa rawatan penting boleh dilakukan bagi memastikan kesihatan mereka kembali seperti sediakala dan tubuh badan menjadi sihat. Rawatan ini boleh dilakukan ketika berada di rumah mahupun berkunjung ke spa.

"Rawatan bertangas elok dilakukan selepas tiga hari bersalin. Bahan-bahan seperti herba yang digunakan bertujuan untuk melancarkan darah, membuang angin dalam badan dan melembutkan kembali urat yang berselirat," katanya.

Tambahnya, seterusnya rawatan diteruskan dengan urutan pada bahagian keseluruhan badan. Urutan ini akan membantu mengembalikan urat-urat yang berselirat kembali pada tempat asal disamping membuang angin di dalam badan.

"Urutan sengkak yang dilakukan di bahagian atas perut dengan urutan memusing antara rawatan penting yang bertujuan membetulkan kembali rahim yang jatuh akibat bersalin di samping mengecutkan rahim.

"Selain itu, bertungku baik untuk ibu bersalin dilakukan pada bahagian perut, punggung, dan celah peha bertujuan untuk mengecutkan kembali urat di bahagian tersebut. Kemudian rawatan ini diikuti dengan pilis iaitu meletakkan rempah di atas dahi untuk mengelakkan angin memasuki badan dan juga lulur di keseluruhan bahagian badan," katanya.

Nurul berkata, amalan berpantang yang dilakukan secara konsisten akan memberikan kesan yang baik kepada wanita lepas bersalin terutamanya untuk kesan jangka masa panjang dalam hubungan intim.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi 03-41464378 atau lawati www.yoyoyspa.com.



SITI AISHAH YUSOFF Gambar SAFIYANA SALIM Utusan Malaysia Online Kesihatan 15/01/2013
Tags: bersalin, mengandung
Subscribe

Recent Posts from This Journal

  • Minuman manakah yang terbaik untuk penghidratan?

    Apabila anda dahaga dan memerlukan minuman, minuman manakah yang terbaik untuk memastikan anda terhidrat ? Pasti, anda sentiasa boleh…

  • Menghormati Hari Ibu

    Hari Ibu ialah percutian menghormati keibuan yang disambut dalam pelbagai bentuk di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, Hari Ibu 2023 akan…

  • Mencari IKIGAI Anda

    Kita semua pernah mendengar pepatah, "Ikuti keghairahan anda," bukan? Baiklah, di sini adalah untuk memberitahu anda bahawa ia tidak…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments