kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Bisik-Bisik Awang Selamat ~ Keamanan

AWANG berbangga kerana Malaysia sekali lagi membantu negara tetangga dalam kerangka mewujudkan kestabilan dan perdamaian yang memberi makna besar kepada keamanan di rantau Asia Tenggara.

Semalam kepimpinan negara menyerlahkan komitmen mereka apabila berjaya merintis jalan kepada kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional iaitu kumpulan pemberontak di selatan negara tersebut memeterai Dokumen Konsensus Am yang akan membuka laluan bagi dialog proses damai di selatan Thailand, yang sekian lama bergolak dan meragut lebih 5,000 nyawa.

Sebelum ini Malaysia telah pun memainkan peranannya dalam membantu memulakan perjanjian keamanan bersejarah bagi Mindanao, selatan Filipina yang telah berdekad-dekad bergolak.

Awang percaya sumbangan bermakna Malaysia itu bertitik tolak daripada komitmen berterusan kepimpinan negara untuk melihat rantau ini khususnya sebagai rantau yang stabil dan aman seperti terkandung dalam matlamat penubuhan ASEAN.

Namun, peranan itu tidak akan menjadi kenyataan tanpa penghormatan, pengiktirafan dan kepercayaan yang sewajarnya kepada pihak Malaysia.

Kita semua pasti mahu melihat wujudnya keamanan dan kestabilan di wilayah rantau ini apatah lagi melibatkan negara-negara jiran. Keadaan yang sedemikian akan mendorong kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih baik seterusnya akan membawa kepada kemakmuran bersama.

Semoga bantuan Malaysia dalam membantu mencari perdamaian di selatan Thailand dan selatan Filipina akan mendatangkan hasil terbaik dalam masa yang singkat.

AWANG - Tahniah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130301/re_04/BISIK-BISIK-AWANG-SELAMAT#ixzz2MREXkiuE © Utusan Melayu (M) Bhd
Tags: antarabangsa, awang selamat, keamanan, politik, zopfan
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments