kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Bisik-Bisik Awang Selamat ~ Keamanan lagi ...

SUDAH tentu kita sedih dengan kehilangan nyawa dua anggota keselamatan ketika kerajaan komited untuk menamatkan pencerobohan puak bersenjata di Lahad Datu sejak 9 Februari lepas.

Namun, peluang berundur secara aman yang dihulurkan kepada puak itu tidak disambut baik, malah mereka menyerang pasukan keselamatan kita sehingga berlaku pertumpahan darah.

Sebelum ini, kumpulan terbabit diberi peluang yang cukup luas apabila diajak berunding sehinggakan pihak berkuasa kita memberi mereka banyak kali peluang untuk meninggalkan negara ini secara bebas dan aman. Namun, peluang tersebut tidak digunakan sebaik mungkin walaupun tempoh menjangkau tiga minggu. Malah mereka mengambil peluang daripada kaedah diplomasi kerajaan untuk berdolak dalih yang membawa isu terbabit berpanjangan.

Semua tahu, sebaik-baik sahaja mereka mendarat secara haram di Lahad Datu, hak kebebasan rakyat tempatan di kawasan terbabit dirampas. Mereka terpaksa melarikan diri keluar dari kampung halaman.

Pada masa yang sama kerajaan bertanggungjawab ke atas wilayah negara ini yang berdaulat. Undang-undang negara perlu dipertahankan, walaupun peluang rundingan diberikan kepada golongan terbabit dengan harapan mereka meninggalkan negara ini dengan segera secara aman.

Apa yang berlaku semalam adalah pihak berkuasa dan pihak keselamatan kita tiada pilihan lagi, setelah kumpulan terbabit mara keluar dari Kampung Tanduo yang diceroboh serta melepaskan serangan mortar ke arah pasukan keselamatan.

Maka, pasukan keselamatan kita terpaksa bertindak mempertahankan wilayah berdaulat ini. Semoga insiden ini menjadi teladan kepada seluruh warga negara betapa ancaman sentiasa ada dalam pelbagai rupa dan kita perlu sentiasa berwaspada.

AWANG - Catat peristiwa.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130302/re_04/BISIK-BISIK-AWANG-SELAMAT#ixzz2MRGIHSZb © Utusan Melayu (M) Bhd
Tags: antarabangsa, awang selamat, keamanan, politik, zopfan
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments