kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Balangsangkuwa .... Tokoh UMNO

KUALA LUMPUR 19 April - Bekas Menteri Kebajikan Masyarakat, Tan Sri Aishah Ghani (gambar) meninggal dunia akibat sakit tua, paru-paru berair dan kegagalan buah pinggang di sebuah hospital swasta, di sini kira-kira pukul 12.55 tengah hari ini.

Allahyarham Aishah yang berusia 90 tahun menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya.

Beliau yang juga wanita pertama dilantik sebagai Senator meninggalkan empat anak, 12 cucu dan lima cicit.

Veteran UMNO itu sebelum ini sudah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah kesihatan sehingga semakin tenat semalam.

Menurut anak sulungnya, Shairudin Abdul Aziz, 65, sepanjang hayat ibunya, beliau merupakan seorang yang tegas, mementingkan ketelitian dalam pelbagai perkara serta mengamalkan nilai orang lama dalam mendidik anak-anak.

"Malah, arwah mempunyai semangat yang berkobar-kobar dalam pelbagai perkara termasuk dalam arena politik," katanya ketika ditemui di kediamannya di Jalan Bukit Ledang, Bangsar, di sini hari ini.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di rumahnya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 petang ini.

Turut memberikan penghormatan terakhir kepada arwah di kediamannya ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz.

Tambah Shairudin, meskipun sedang dirawat di hospital, arwah ibunya tetap bersemangat meneruskan perjuangan politik bersama UMNO.

"Politik memberi makna yang begitu mendalam kepada arwah, malah beliau pernah menyebut untuk pergi mengundi menaiki bas dalam pilihan raya umum akan datang.

"Malah, masih segar dalam ingatan saya beliau pernah menyifatkan politik umpama candu yang tidak dapat dipisahkan sehingga hujung hayatnya," katanya.

Aishah juga merupakan wanita pertama dari Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan dilantik menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat dari 1973 hingga 1984.



Tan Sri Aishah Ghani Utusan Malaysia Online Dalam Negeri 19/04/2013




KUALA LUMPUR 12 April - Salah seorang tokoh dan pengasas penubuhan UMNO, Datuk Paduka Fatimah Abdul Majid, 94, yang juga wanita pertama menjadi wakil rakyat di Johor pada 1959, meninggal dunia di sini kira-kira pukul 10 pagi ini.

Allahyarham yang juga wanita pertama menjadi Ahli Dewan Rakyat dari 1964 hingga 1978, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, kerana sakit tua.

Jenazah Allahyarham kini berada di rumah anaknya di Country Height, Kajang dan akan dihantar ke Masjid Bangsar untuk disembahyangkan selepas solat Jumaat hari ini.

Difahamkan, selepas itu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, petang ini. - UTUSAN ONLINE



Fatimah Majid Utusan Malaysia Online Pilihanraya 13/04/2013

KUALA LUMPUR 12 April - Veteran UMNO, Datuk Fatimah Abdul Majid, (gambar) 93, meninggal dunia kerana sakit tua di Institut Jantung Negara, (IJN) di sini, pagi ini.

Anaknya yang juga bekas Pengerusi Mahkamah Perusahaan Malaysia, Datuk Siti Saleha Sheikh Abu Bakar berkata, ibunya telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.20 pagi tadi selepas menerima rawatan selama 50 hari di IJN.

"Allahyarhamah merupakan salah seorang pengasas UMNO yang berjuang menentang Malayan Union bersama Presiden parti, Datuk Onn Jaafar dan beberapa pemimpin yang lain.

"Arwah yang juga pengasas pasukan tentera Wataniah Wanita pertama negara pada 1964 telah meninggalkan lapan orang anak, 12 cucu dan 11 cicit," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jenazah Fatimah telah disembahyangkan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar selepas solat Asar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Fatimah telah bergiat aktif dalam bidang politik sejak 1946 dan merupakan wanita pertama dipilih menjadi ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Dewan Rakyat wanita pertama dari Johor sejak 1959 hingga 1978.

Sempena menghargai jasa beliau dalam memperjuangkan bangsa, sebuah biografi, 'Fatimah-Gadis Desa Serikandi Bangsa' setebal 296 muka surat juga telah diterbitkan pada 2009 yang ditulis penulis terkenal, Fauziah Fadzil.



Fatimah Majid Utusan Malaysia Online Pilihan Raya 13/04/2013
Tags: politik, sejarah, tokoh
Subscribe

Recent Posts from This Journal

  • Letters to MalaysiaKini

    Accept others as they are Nit-picking is the surest way to ruin relationships so focusing on people's positive qualities will…

  • Surat Untuk Solidaritas

    Ahli Profesional Mana Yang Anda Harus Jumpa? Ahli Profesional Mana Yang Anda Harus Jumpa? Mencari ahli profesional kesihatan mental…

  • Surat kepada MalaysiaKini

    ULASAN | Iktibar dari kudeta Apa maksud rampasan kuasa di Myanmar. Azizi Ahmad⋅ ULASAN | Iktibar dari kudeta…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments