kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Rafizi terdesak label ilmuwan 'profesor kangkung'

Kuala Lumpur: Tokoh akademik menyifatkan kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, yang melabelkan cendekiawan universiti sebagai 'profesor kangkung' keterlaluan serta memperlekehkan kepakaran dan kredibiliti ahli akademik tempatan.

Label itu juga boleh menjejaskan kepercayaan orang luar yang bekerjasama dengan universiti tempatan selain boleh menjejaskan imej negara.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim, berkata pelantikan jawatan profesor dibuat berdasarkan merit dan ketelusan serta tiada unsur pilih kasih dengan kriteria jelas.

Katanya, antara penilaian ke jawatan itu merangkumi kesarjanaan mereka melalui penulisan impak tinggi dalam jurnal antarabangsa, buku ilmiah, pengajaran dan penyeliaan serta sumbangan serta keahlian dalam badan profesional antarabangsa selain calon perlu melepasi saringan dalam dan luar negara.

“Pelantikan profesor di universiti amnya perlu melepasi tahap tapisan teliti dengan mengambil kira kriteria pencapaian luar biasa bagi memastikan kredibiliti calon dipilih benar-benar mencerminkan ikon yang disegani dalam bidang dan kepimpinan mereka,” katanya dalam satu kenyataan kepada BH, di sini, semalam.

Sebelum ini, Rafizi dalam ceramahnya yang mendakwa Naib Canselor atau profesor di universiti tempatan adalah “profesor kangkung” yang membodek kerajaan untuk kenaikan pangkat menyebabkan mutu universiti tempatan menurun.

Mohd Azraai berkata bagi jawatan pentadbir seperti Timbalan Naib Canselor, Dekan, Timbalan Dekan, Ketua Jabatan dan sebagainya, proses pemilihan adalah melalui pengiklanan jawatan dan undian di peringkat fakulti terbabit.

“Proses ini turut dilaksanakan di kebanyakan IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam) lain bagi memastikan tahap ketinggian ilmu dan kesarjanaan profesor atau pentadbir akademik yang dilantik,” katanya mempunyai pengalaman lebih 20 tahun sebagai pentadbir akademik.

Dekan Penyelidikan di UTM, Prof Dr Ahmad Fauzi menyifatkan tuduhan Rafizi sebagai tidak berasas dan hanya retorik.

Beliau yang dilantik sebagai profesor ketika berusia 36 tahun tidak menolak kemungkinan ahli politik pembangkang itu dalam kedudukan terdesak.

Berita Harian Online Nasional 30/04/2013
Tags: phd
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments