kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Politik Belalang Jalan Riong

Akibat pentingkan diri

Tahniah kepada semua calon yang menang, sama ada kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu. Setelah dipilih menjadi calon dan menang, sekarang adalah masa untuk bekerja. Yang Berhormat (YB) hari ini bukan macam dulu. YB hari ini perlu bekerja keras kerana mereka akan diadili oleh pimpinan parti, sebelum khidmat mereka dinilai oleh pengundi dalam pilihan raya umum berikutnya.

Bagi yang kalah, Belalang percaya ia adalah satu pengalaman berguna. Daripada pemerhatian Belalang, calon Barisan Nasional (BN) sepatutnya boleh menang lebih banyak kerusi Parlimen dan DUN. Cuma, terlalu banyak cerita yang didengar mengenai sikap mementingkan diri sendiri pemimpin setempat dan penyokong BN. Ada yang langsung tidak turun membantu calon kerana kecewa tidak dipilih bertanding, ada yang memburuk-burukkan calon, menutup bilik gerakan dan sebagainya. Mereka dan pengikut masing-masing sanggup melakukan apa saja, bak kata pepatah Melayu ‘biar putih tulang, jangan putih mata’. Alang-alang tidak dapat menjadi calon, biar semua kalah. Mereka lupa penyokong pembangkang pula tidak akan memberi undi kepada calon BN. Pada penyokong pembangkang pula asalkan simbol bulan, roket atau mata, itulah yang mereka pangkah. Malang bagi penyokong BN kerana waktu itulah mereka bertelagah. Kesannya, kerusi yang boleh dimenangi, jatuh ke tangan pembangkang.

Melayu Tolong Melayu


Gabungan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) pernah menjuarai perjuangan memperkasa ekonomi Melayu dengan slogan ‘Melayu Tolong Melayu’. Selain mendedahkan dan cuba membantu mengatasi masalah ketirisan ekonomi Melayu, GABEM yang dipengerusikan oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik, ketika itu cuba memberi kesedaran kepada orang Melayu supaya memajukan perniagaan dan perusahaan Melayu. Peniaga dan pengusaha Melayu pula digalak membantu orang Melayu lain untuk bergiat dalam bidang perniagaan. GABEM berpendapat, jika Melayu tidak menolong orang Melayu, siapa lagi yang diharapkan. Bagaimana pun, usaha itu dingin kerana GABEM memikirkan langkah itu tidak selari dengan usaha murni kerajaan untuk mewujudkan keharmonian kaum di negara ini. Slogan ‘Melayu Tolong Melayu’ dianggap tidak selari dengan matlamat kerajaan Barisan Nasional (BN). Berikutan sikap kaum Cina terhadap kerajaan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), mungkin ada usaha menggerakkan semula slogan ‘Melayu Tolong Melayu.’


Hikmah PRU-13

Rupa-rupanya, di kebanyakan kawasan pilihan raya, ramai pengundi Cina sudah keluar awal pagi untuk menggunakan hak mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU), 5 Mei lalu. Di mana saja, terutama di kawasan bandar, malah di pekan-pekan kecil, ramai pengundi Cina daripada semua peringkat umur, beratur panjang sebaik saja pusat mengundi dibuka. Mereka begitu bersemangat untuk mengundi kali ini?. Kononnya mereka diberitahu bahawa dalam PRU-13 ini, pembangkang yang diterajui DAP akan mengambil alih kerajaan daripada Barisan Nasional (BN). Konon ceritanya, walaupun jawatan Perdana Menteri diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan yang baru akan dikuasai oleh orang Cina. Seperti diumumkan Pengerusi DAP, Karpal Singh jawatan Timbalan Perdana Menteri Satu akan diberi kepada Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang manakala Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Dua merangkap Menteri Dalam Negeri.

Janji pembangkang

Mendengar janji inilah pengundi Cina begitu ghairah keluar beramai-ramai untuk memastikan pembangkang menang. Bagi mereka, inilah masanya orang Cina akan dapat memegang kuasa politik dan sekali gus kuasa ekonomi di Malaysia. Dengan slogan ‘ubah’ serta kempen besar-besaran yang dijalankan oleh Anwar yang dianggap menjadi pemimpin sementara, ia meningkatkan keyakinan kaum Cina bahawa mereka akan dapat menubuhkan kerajaan pembangkang menjelang tengah malam pada hari berkenaan.

Terbukti, peratusan keluar mengundi masyarakat Cina dan jumlah undi yang diperoleh di kebanyakan kawasan majoriti pengundi Cina menunjukkan kaitan yang rapat. Disebabkan negara ini mengamalkan sistem demokrasi, diperkuatkan pula dengan strategi pembangkang, keputusan PRU-13 terpaksa diterima walaupun pahit untuk ditelan bagi yang kalah, khasnya setelah kerajaan memberi begitu banyak keistimewaan kepada masyarakat Cina. Cuma, walaupun DAP, PAS dan PKR menggunakan pelbagai helah untuk memperdayakan pengundi, mereka gagal menumbangkan kerajaan BN.

Bagi kawasan Parlimen, BN memenangi 133 daripada 222 kerusi yang dipertandingkan manakala PAS 21, PKR 30 dan DAP 38. Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri, BN tewas di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang. BN dapat menawan semula Kedah. Inilah asas kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa pengundi Cina telah diperdaya oleh pembangkang kononnya undi mereka boleh menumbangkan kerajaan BN. Menurutnya, BN tetap mendapat mandat daripada pengundi Melayu dan Bumiputera serta India. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula tanpa berselindung, mengatakan orang Cina menolak persahabatan yang dihulurkan oleh orang Melayu.

Perhimpunan bantah keputusan

Keputusan sudah pun dibuat dan tidak ada apa-apa boleh dilakukan lagi. Sepatutnya, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa rakyat sudah pun membuat keputusan. Malangnya, tiga hari selepas keputusan dibuat, Anwar melancarkan perhimpunan membantah keputusan PRU-13 di Stadium Kelana Jaya, Selangor kononnya dihadiri lebih 60,000 orang. Perhimpunan yang sama diuar-uarkan akan terus diadakan.

Sebetulnya, inilah caranya Anwar hendak meyakinkan penyokong yang kecewa dengan kegagalan pembangkang membentuk kerajaan melalui peti undi.

Akibat kegagalan merampas kuasa itu, pembangkang menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan mengatakan bahawa proses pilihan raya tidak telus dan berlaku pelbagai kesilapan. Mereka juga menuduh bahawa kerajaan dan SPR menipu rakyat, sedangkan pembangkang menang di tiga negeri. Jika berlaku penipuan, semua negeri menjadi milik BN. Dengan melemparkan tuduhan kepada kerajaan dan SPR, pembangkang terlepas daripada kemarahan pengikut mereka. Malah, mereka dapat menebalkan persepsi kepada pengikut mereka bahawa kerajaan tidak adil. Mereka boleh menepuk dada dan mengatakan jika tidak berlaku penipuan, mereka sudah tentu akan menang.

Dapat sokongan kaum lain

Pengundi di negara ini bukan semua pengundi Cina. Mereka lupa orang Melayu, India dan Bumiputera lain masih taat kepada BN. Jika tidak dapat undi Cina pun, BN masih mendapat sokongan daripada kaum-kaum lain. Yang jelas, orang Melayu sudah marah dan menganggap orang Cina tidak tahu mengenang budi. Setelah mendapat kekayaan, kemewahan dan pelbagai kemudahan di negara ini, mereka masih tidak menghargai jasa BN. Orang Melayu sudah mula memikirkan bagaimana mahu ‘mengajar’ orang Cina secara politik dan ekonomi. Pelbagai pihak sedang mengusahakan pelbagai rancangan untuk mengurangkan pergantungan daripada orang Cina. Bagi mereka, apa juga pertolongan yang hendak diberikan mestilah didahulukan kepada orang Melayu. Keputusan PRU-13 ini sebenarnya mempunyai banyak hikmah. Dengan keputusan yang agak mengecewakan, BN dapat belajar sesuatu yang berguna dan bangkit menebus kekalahan yang berlaku pada PRU-13 ini.

Mior Kamarul Shahid Berita Harian Online Rencana Belalang Jalan Riong 12/05/2013
Tags: politik, pru
Subscribe

  • Politik , Politicking

    Politik dan bermain politik ( politicking) adalah merupakan definisi agak mudah sehingga sering digunakan secara longgar. Politik adalah cara…

  • Membaca Terlalu Banyak Berita Politik

    Mengamati dan taksub akan isu politik boleh membahayakan kesejahteraan, kebahagiaan dan hubungan anda Tak kira ketika musim pilihan raya atau…

  • Elak bermain politik (politicking)

    Terdapat penyelidikan/kajian baru tentang mengenal pasti ciri keperibadian utama ahli politik yang berjaya Untuk berjaya dalam politik, individu…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments