kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Sudin terus abadi

SUDIN merupakan antara watak paling popular Allahyarham S. Shamsudin dalam siri filem Bujang Lapok, arahan P. Ramlee. Antara yang tidak mungkin dilupai tentu sahaja dialog spontannya dalam Seniman Bujang Lapok:

“Panjangnya tu tujuh kaki kau tahu, lebarnya membawa ke tiga kaki, dalamnya tu sama dengan panjangnya tujuh kaki daa..."

Itu antara patah katanya yang akan terus bersemadi dalam ingatan para pencinta filem-filem Melayu khususnya era Studio Jalan Ampas.

Gaya lakonan sebagai Sudin benar-benar menghidupkan watak tersebut. Trio filem itu - Sudin yang dilakonkan oleh S. Shamsudin, Aziz ( Aziz Sattar) dan Ramlee (P. Ramlee) merupakan antara trio yang terhebat yang pernah dihasilkan oleh industri perfileman Melayu.

Malah filem-filem Bujang Lapok - Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok dan Ali Baba Bujang Lapok merupakan siri yang cukup hebat dari segi pengisian serta pembawakan watak-wataknya.

Filem-filem tersebut mempunyai perlambangan tersendiri khususnya mengenai watak orang Melayu ketika era tersebut kerana merupakan zaman perubahan yang dialami oleh rakyat Malaya selepas penjajahan.

Perlambangan tersebut diwakili oleh watak Sudin sebagai seorang Melayu yang sangat naif yang baru sahaja terlepas daripada belenggu penjajahan.


TRIO Bujang Lapok (Aziz, Sudin dan Ramlee) merupakan trio terhebat pernah terhasil dalam sejarah filem negara.


Pemilihan watak Sudin oleh P. Ramlee ketika itu cukup bertepatan kerana perwatakannya di luar juga cukup lurus, jujur dan naif.

Watak Sudin dilambangkan sebagai orang Melayu yang sedang mencari identiti baru dan tersendiri. Sudin merupakan watak pemuda kampung yang cuba mencari kehidupan baru di bandar.

Watak tersebut juga melambangkan kemiskinan serta kesusahan orang Melayu yang mencari pekerjaan bagi menikmati kehidupan selepas negara merdeka.

Melalui Seniman Bujang Lapok misalnya, mereka bertiga cukup sukar mencari pekerjaan seperti yang berlaku terhadap golongan Melayu pada ketika itu. Kehidupan di bilik sewa yang ditonjolkan dalam filem tersebut juga merupakan realiti pada era peralihan itu.

Kritikan sosial

Siri-siri Bujang Lapok merupakan filem yang kuat dan mirip filem-filem aliran Italian neo-realism di Itali yang sarat dengan kritikan sosial.

Bujang Lapok di tangan P. Ramlee dan didokong oleh watak-watak Sudin, Aziz dan Ramlee mengkritik sosio budaya Melayu ketika itu. Sudin cukup bertepatan apabila perlambangan itu diolah dengan jayanya oleh S. Shamsudin.

Sikap komedi semulajadi sudah cukup membuat watak tersebut diingati dan meninggalkan kesan sehingga hari ini. Gerak-geri, mimik muka dan dialog yang diucapkan oleh Sudin bukan sahaja menjadi malah melengkapi trio tersebut.

Filem Pendekar Bujang Lapok turut berjaya meletakkan watak Sudin sebagai perlambangan terhadap watak serta sikap orang Melayu ketika itu dengan sistem pendidikan merupakan aspek utama yang menjadi kritikan dalam filem ini.

Selepas merdeka kerajaan menekankan pendidikan terhadap rakyatnya maka berlaku satu situasi baru di Malaya yang memperlihatkan orang Melayu sedikit terbelakang dalam aspek ini.

Watak Sudin berjaya menunjukkan bangsa Melayu ketika itu cukup ‘buta’ dalam pendidikan. Sudin dalam siri ini juga menunjukkan tentang peralihan orang Melayu dari desa ke desa yang lain demi menimba ilmu sebanyak mungkin.

Menurut pengkritik filem, A. Wahab Hamzah, sekiranya watak Sudin itu dilakonkan oleh pelakon lain, mungkin tidak hidup dan tentu sekali dianggap tidak berjaya.

“Sekiranya digantikan dengan pelakon lain, saya pasti watak itu dilindungi dan ditutup oleh kekuatan watak Aziz dan Ramlee. Jadi pemilihan Sudin untuk memegang watak tersebut cukup kuat kerana Sudin sendiri sudah mempunyai elemen yang dikehendaki oleh P. Ramlee.

“Kekuatan watak tiga serangkai tersebut tidak pernah dimiliki oleh pelakon-pelakon lain ketika itu. Mereka bertiga mampu untuk menutup segala kebocoran yang ada dalam siri filem Bujang Lapok.

“Ketiga-tiga pelakon terutamanya Sudin merupakan pelakon yang cukup cepat menangkap situasi yang diingini oleh P. Ramlee dan setiap ucapan dialognya spontan ketika itu," jelas A. Wahab.

Hilangnya sebutir bintang

Kehebatan watak Sudin ditangan S. Shamsudin cukup untuk membayangkan tentang kekuatan aliran seni yang terdapat dalam dirinya.

Jika dia berjaya sebagai Sudin dalam siri Bujang Lapok, watak Pak Aji dalam Tiga Abdul juga meninggalkan kesan tersendiri.

Biar hanya bertindak sebagai pencerita dalam filem itu, wataknya tetap hidup dan mengundang tawa penonton.

Kini dialog dan watak-watak Sudin dan Pak Aji hanya tinggal kenangan abadi buat khalayak filem Melayu apabila pelakon legenda berusia 84 tahun itu menghembuskan nafas terakhir pada pagi 4 Jun lalu di kediamannya di Jurong, Singapura.

Biar peminat amat terasa kehilangannya, yang pasti industri perfileman negara kehilangan sebutir lagi bintang yang pernah menyinari dunia perfileman Melayu.



RASDAN AHMAD rasdan_utusan@yahoo.comUtusan Malaysia Online Rencana 09/06/2013
Tags: actor, film
Subscribe

  • Reflection of current leaders

    The dramas played by the policy-maker of our country has now becoming absurdly ridiculous. Of late, Malaysians are in need of someone or…

  • March 2020 is not Ides of March

    History had made a mark in Malaysia as in March 2020, the country’s eighth prime minister took over as prime minister in order to “save…

  • Reflection of our current leaders

    I refer to ' Time to reflect on what is important' dated 3 Mar 2020. The dramas played by the policy-maker of our country has now becoming…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments