kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Sindrom guru Bahasa Inggeris

KENYATAAN oleh Timbalan Menteri Pendidikan Satu, Datuk Mary Yap Kain Ching bahawa terdapat kira-kira 70 peratus daripada 60,000 guru Bahasa Inggeris yang menduduki peperiksaan Cambridge Placement Test (CPT) pada pertengahan tahun lepas tidak mencapai tahap memuaskan adalah sangat mendukacita dan mengejutkan semua khususnya masyarakat yang prihatin dengan perkembangan dunia pendidikan.

Ibu bapa dan penjaga benar-benar menaruh harapan yang tinggi kepada para guru untuk mengajar dan membimbing anak-anak mereka menguasai bahasa antarabangsa terutama dalam aspek komunikasi.

Ibu bapa mahu melihat anak- anak mampu berkomunikasi dan memahami bahan bacaan dalam bahasa Inggeris.

Ibu bapa tidak mampu untuk mengajari anak-anak terutamanya melibatkan kemahiran berbahasa.

Namun, agak malang apabila terdapat guru-guru Bahasa Inggeris sendiripun tidak menguasai bahasa tersebut dengan baik.

Apa sudah jadi?

Masalah kelemahan pelajar berBahasa Inggeris di luar bandar ternyata sangat ketara. Masalah ini menjadi bertambah parah apabila rata-rata ibu bapa tidak menguasai Bahasa Inggeris.

Guru-gurulah menjadi tempat bergantung harapan untuk membimbing anak-anak berbahasa Inggeris.

Guru-guru bahasa Inggeris perlu melatih murid berani dan tanpa rasa malu-malu untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Caranya, guru-guru Bahasa Inggeris terlebih dahulu perlu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris setiap masa apabila berbicara dengan murid-murid dan bukannya ketika sesi pembelajaran di dalam kelas sahaja.

Lebih mendukacitakan lagi, apabila ada sebahagian guru Bahasa Inggeris berkomunikasi lebih banyak dalam Bahasa Melayu sewaktu mengajar di kelas.

Guru-guru beranggapan murid-murid tidak dapat memahami apa yang diajari sekiranya bertutur dalam Bahasa Inggeris. Ini silapnya! Sampai bila murid-murid akan berani bertutur dalam Bahasa Inggeris sekiranya guru-guru sendiri tidak membiasakan murid-murid bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Situasi berbeza berlaku kepada murid bangsa Melayu bersekolah di SJK Cina atau SJK Tamil.

Dalam masa tidak sampai 6 bulan, murid tersebut dapat memahami Bahasa Mandarin atau Tamil.

Sebabnya, murid tersebut setiap masa di telinganya mendengari Bahasa Mandarin atau Tamil.

Mengapakah guru-guru Bahasa Inggeris tidak mengaplikasikannya di sekolah kebangsaan?

Wujudkan suasana yang membolehkan murid serta seluruh warga sekolah mendengari dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris setiap masa.

Bukan bermaksud untuk mengagung-agungkan Bahasa Inggeris tetapi sekadar membantu mempercepat proses penguasaan dalam bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, kita tidak boleh salahkan guru semata-mata kerana guru yang mengajar Bahasa Inggeris bukan opsyennya.

Guru yang mengajar Bahasa Inggeris sekadar biasa-biasa sahaja, yang cemerlang dan hebat-hebat semuanya dilonggok di bandar.

Sepatutnya guru cemerlang bahasa Inggeris perlu dihantar ke sekolah luar bandar dan pedalaman dengan segera.

Atas nama perkhidmatan, guru cemerlang perlu menerima arahan ditukarkan ke luar bandar tanpa perlu merengek membuat rayuan di Pejabat Pendidikan Daerah bagi membatalkan pertukaran.

Kembangkanlah kepakaran kepada anak-anak murid luar bandar yang begitu memerlukan suntikan daripada guru-guru yang cemerlang dan hebat.

Guru-guru yang sudah lama berada di luar bandar pula perlu digerakkan ke sekolah bandar supaya mereka mendapat idea-idea baru.

Kasihanilah murid di luar bandar dan pedalaman yang juga memerlukan pengajaran daripada guru berkualiti dan hebat.


GURU WAWASAN Pahang Darul Makmur Utusan Malaysia Online Rencana 03/07/2013

Tags: bahasa, english, teachers
Subscribe

  • Baik pulih vagina

    FAKTOR usia bukan sahaja menyebabkan kecantikan seseorang wanita itu mula pudar, malah, mengakibatkan perubahan kepada fungsi dan struktur organ di…

  • Sihat lepas bersalin

    MENGANDUNG adalah satu proses yang akan menyebabkan berlaku perubahan pada urat-urat saraf di bahagian badan wanita. Kemudian, apabila selepas…

  • Semua akan hilang kerana politik dan berpolitik

    Politik dan bermain politik ( politicking) adalah merupakan definisi agak mudah sehingga sering digunakan secara longgar. Politik adalah cara…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments