kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Ugutan Terhadap Sistem Pendidikan Negara

SATU perkara cukup penting yang Awang dapat kesan pada resolusi Kongres Perdana Pendidikan Kebangsaan (KPPK) di Kuala Lumpur semalam ialah sistem pendidikan negara perlu bersih daripada sebarang modal ugutan atau tawar menawar daripada mana-mana pihak untuk kepentingan yang sempit.

Peringatan tersebut perlu supaya arah sistem pendidikan Malaysia tidak tersasar atau bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan 1957 dan semua undang-undang yang berkaitan dengannya. Ia perlu ditegaskan supaya matlamat daripada sistem itu dapat dijayakan dengan sempurna serta melibatkan seluruh rakyat tanpa ada pengecualian.

Maka amatlah wajar KPPK melahirkan resolusi supaya kerajaan tegas dalam mempertahankan perundangan dan Perlembagaan Persekutuan khasnya Perkara 152 dan Akta Pendidikan 1996 dalam melaksanakan pentadbiran pendidikan negara.

Sehubungan itu kongres yang disertai 1,800 peserta daripada pelbagai latar belakang itu mahukan kerajaan berhenti melayan kerenah dan tuntutan tidak munasabah pihak-pihak tertentu berhubung sistem pendidikan negara jika bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Langkah itu perlu untuk memastikan kerajaan dapat meneruskan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 mengikut kehendak nasional tanpa meminggirkan penglibatan mana-mana kaum. Semua orang selagi menjadi rakyat Malaysia perlu meningkatkan jati diri dan perpaduan kebangsaan.

Oleh itu amatlah malang jika masih wujud kalangan tertentu yang membuat tawar menawar tanpa asas dalam pelaksanaan sistem pendidikan yang dianggap terbaik untuk negara kita. Lebih malang jika ada yang mempersoal niat baik kerajaan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam semua sistem pendidikan di negara ini.

AWANG - Satu matlamat. Utusan Malaysia Online Renca 28/08/2013

Tags: pendidikan
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments