kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Guru kelulusan Sarjana, Ph.D tidak diberi penghargaan?

SEHINGGA kini, guru-guru yang memiliki Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) tidak diberi sebarang penghargaan atas usaha mereka menyambung pelajaran berbanding penjawat awam lain yang menerima dua kenaikan gaji untuk ijazah sarjana dan tiga kenaikan gaji bagi yang memiliki Ph.D.

Perjuangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) agar guru menikmati ganjaran seperti penjawat awam lain tidak diluluskan. Antara alasan yang diberi ialah bilangan yang terlalu ramai sehingga memerlukan peruntukan yang banyak.

Selain itu, juga diberi alasan tiada pelantikan untuk pengambilan guru dengan ijazah sarjana atau Ph.D berbanding perkhidmatan lain.

Memandangkan kenaikan pangkat guru menggunakan kaedah 'time based', lapan tahun untuk DG41 ke DG44, lapan tahun berikutnya untuk ke DG48, enam tahun berikutnya untuk ke DG52 dan tiga tahun lagi untuk ke DG54, saya mencadangkan agar kaedah Ex-PPLD, bekas Pegawai Perkhidmatan Lepasan Diploma yang menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda digunakan.

Bagi mereka yang memiliki ijazah sarjana (master) dipendekkan tempoh 'time-based' sebanyak dua tahun untuk setiap kenaikan pangkat ke DG44, DG48, DG52 dan DG54. Sementara guru yang memiliki Ph.D pula diberi kelonggaran tempoh sebanyak tiga tahun.

Saya yakin kelonggaran sebegini akan menggembirakan guru-guru yang telah berusaha menambah ilmu pengetahuan mereka, tambahan lagi sebahagian besar mereka ditaja oleh pihak kerajaan sendiri. Pada masa yang sama, kerajaan juga tidak memerlukan peruntukan yang besar mengikut kaedah ini.



JULAK JAGAU Jitra, Kedah Utusan Malaysia Online Forum 20130910
Tags: dg, guru, masters, phd
Subscribe

  • Wise and Positive Words Jan 20

    Today's Inspirational Quote:"Do not wait; the time will never be 'just right.' Start where you stand, and work with whatever tools you may…

  • Wise and Positive Words Jan 7

    Today's Inspirational Quote:"Then give to the world the best you have, and the best will come back to you." -- Madeline Bridges…

  • Wise and Positive Words Jan 6

    Today's Inspirational Quote: "The self is not something ready-made, but something in continuous formation through choice of action." --…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments