kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Semua perlu terima agenda Bumiputera

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera: Program adil agih kekayaan sejajar kontrak sosial

Shah Alam: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan lima strategi merangkumi 30 pembaharuan dan penambahbaikan bagi memperkasakan ekonomi Bumiputera, yang berjumlah 67.9 peratus daripada 27.4 juta penduduk Malaysia.


Lima strategi itu ialah mendaya modal insan, memantapkan pemilikan ekuiti dalam sektor korporat, memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan, memperhebat keusahawanan dan perniagaan serta memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan.

Berucap pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini, institusi yang menjadi simbol serta perlambangan kepada perjuangan Melayu dan Bumiputera, Najib berkata, program membela Bumiputera yang merangkumi 67.9 peratus daripada 27.4 juta penduduk adalah sebahagian agenda nasional sejajar dengan kontrak sosial yang berpegang kepada Perlembagaan.






Berjaya jika ahli MEB berjati diri

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera

Melayu tak ambil hak orang

Shah Alam: Rakyat diminta tidak salah sangka dan salah faham terhadap usaha kerajaan memperkasakan ekonomi Bumiputera kerana usaha itu bukan dengan jalan memintas atau mengambil hak orang lain, mahupun menafikan kepentingan sesiapa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ia dilaksana selaras hasrat murni kerajaan terus mencipta serta menjana kekayaan baru supaya nikmat dan kemakmuran diraih serta dirasai semua rakyat secara adil dan saksama.

“Saya pertegaskan bahawa kita adalah kerajaan yang berhemah lagi bertanggungjawab ke atas seluruh lapisan rakyat, tanpa mengira apa juga latar belakang, sama ada Bumiputera atau bukan, Islam mahupun bukan Islam.

“Kita juga tidak seperti sesetengah pelaku politik yang tidak sudah menyalakan api perkauman sehingga menggerun dan memesongkan pemikiran rakyat.

Hasutan pihak luar

“Seandainya tidak berhati-hati dan terpengaruh dengan sentimen pihak luar melalui dalang dan petualang dalaman ini, maka tempiasnya akan terpercik kepada kita.

“Sekiranya dibiar dan tidak dibendung, Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat lagi merdeka, pada akhirnya akan musnah dan membungkam, barang dijauhkan Allah,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, sejak merdeka, semua perancangan serta dasar ekonomi Melayu dan Bumiputera oleh kerajaan digubal berasaskan perhitungan komposisi masyarakat.

“Secara prinsipnya, perkara dan amalan ini sudah diterima pakai sebagai satu kontrak sosial sejak sekian lama oleh seluruh rakyat seperti dipersetujui bapa pengasas negara kita dulu.

“Ia dilindungi dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan menerusi Perkara 153 dan Perkara 160 (2), perkara 161 A (6)(b). Juga Perkara 161 A (6)(b),” katanya.

Kuala Lumpur: Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) hanya mampu berperanan secara optimum dalam pembangunan ekonomi Bumiputera jika ahlinya mempunyai jati diri Melayu/Bumiputera tulen.

Berikutan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, diminta teliti memilih individu yang berwibawa untuk berada dalam MEB tanpa menggunakan khidmat pakar asing.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali, berkata Malaysia tidak ketandusan anak Bumiputera yang ada kepakaran, kelayakan dan sifat jujur serta semangat jati diri untuk membincangkan hala tuju pembangunan ekonomi Bumiputera.

Katanya, selaku badan bukan kerajaan (NGO), PERKASA juga sedia memainkan peranan jika diberi kepercayaan untuk berada dalam MEB.

Mahu PERKASA turut serta

“Jika Perdana Menteri boleh memberi kepercayaan kepada HINDRAF, saya harap beliau juga boleh memberi kepercayaan kepada PERKASA,” katanya.

Ibrahim berkata, 60 peratus pengumuman Perdana Menteri semalam, selari memorandum PERKASA kepada kerajaan, termasuk penubuhan Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di semua kementerian yang diperjuang sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, Pengarah Kanan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Norizan Sharif, berkata berbeza dengan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB), MEB lebih berperanan dalam menentukan sistem penyampaian perkhidmatan dipertingkatkan.

Katanya, keputusan Perdana Menteri mengadakan mesyuarat lebih kerap menjadikan MEB lebih berkesan berbanding MTAB yang hanya memberi fokus kepada isu berbentuk polisi.

Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA), Datuk Moehamad Izat Emir, berkata MEB yang akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali adalah pengumuman yang amat ditunggu oleh warga peniaga dan pengusaha Melayu.

Tumpu setiap hari

Katanya, dunia perniagaan memerlukan perhatian hampir setiap hari dan setiap minggu, bukannya dua tiga bulan sekali.

“Bumiputera tidak perlu merayu mendapatkan permohonan, yang penting pegawai pelaksana perlu memenuhi matlamat dan hasrat memperkasakan ekonomi,” katanya.


Tags: kontrak sosial, meb, perkasa
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments