kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Bisik-Bisik Awang Selamat - Harapan Baru

Harapan baru

PELBAGAI langkah dan strategi baharu di bawah Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak semalam, begitu besar maknanya.

Ia jelas menyerlahkan keyakinan beliau untuk membantu masyarakat bumiputera biarpun bakal berdepan dengan kritikan dan tohmahan.

Dalam ekonomi terbuka dan asakan global yang mahu menyamaratakan semua dasar termasuk ke atas Malaysia, apa yang dilakukan oleh Najib itu adalah sesuatu yang berani.

Pengumuman semalam memberi mesej yang jelas betapa negara ini perlu dimajukan mengikut acuan sendiri. Maka ia mesti mengambil kira terlebih dahulu soal menangani permasalahan dan cabaran domestik.

Memperkasakan ekonomi bumiputera yang merupakan kaum teras (lebih 60 peratus meliputi Sabah dan Sarawak) di negara ini bukan suatu dosa.

Bumiputera masih jauh ketinggalan dalam hampir semua bidang terutama sektor korporat dan perniagaan serta pemilikan aset. Ramai yang masih miskin terutama di luar bandar.

Seperti kata Najib, jika kaum majoriti tidak dibela dan merasa diri terancam atau dipinggirkan, negara tidak akan menikmati keamanan serta kestabilan berpanjangan.

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera itu juga dilakukan berdasarkan pertumbuhan ekonomi tanpa mengambil hak kaum lain terutama Cina yang telah lama menguasai kekayaan negara.

Apa yang menjadi cabaran selepas ini ialah pelaksanaan dan menangani soal ketirisan. Awang percaya berdasarkan ucapan Najib semalam, kerajaan komited untuk memastikan pelaksanaan yang berkesan melalui pelbagai langkah dan kawal selia lebih ketat.

Selain memperkenalkan ASB2 dengan suntikan RM10 bilion unit saham, Awang teruja dengan penekanan Najib kepada pembangunan modal insan antaranya penubuhan Dana Pendidikan Mara bernilai RM1 bilion.

Agenda memperkasa ekonomi bumiputera yang merangkumi lima fokus itu melibatkan hal-hal yang kritikal dan menjadi kekangan selama ini.

Tidak kurang menarik adalah KPI untuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) agar komited menjayakan agenda bumiputera. Awang setuju sangat kerana ramai peneraju GLC makin lupa diri dan tersasar daripada matlamat penubuhan GLC.

Pembentukan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, juga isyarat jelas Najib mahu memikul tanggungjawab menjayakan pelaksanaan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.

Pengumuman semalam telah mendapat reaksi positif daripada pelbagai pihak dan kalangan masyarakat bumiputera. Ia sekaligus menjawab segala keresahan kaum majoriti itu - faktor penentu kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) - terhadap agenda bumiputera.

Sokongan mereka terbalas dan diberi pengiktirafan oleh Perdana Menteri. Yang berbudi, kita berbahasa.

Awang mengucapkan rasa syukur dan tahniah kepada Najib kerana beliau telah menyuntik keyakinan sambil membawa harapan baru kepada masyarakat bumiputera.

Di samping peranan dan imej harmoninya sebagai pemimpin semua kaum, Najib membuktikan bahawa obor perjuangan untuk membantu bumiputera terang menyala dengan pendekatan lebih strategik.

Malah perasaan Awang terusik apabila beliau menyatakan penegasan dan komitmen kepada Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu, yang kita semua sudah abaikan.

Tiada siapa boleh menafikan Najib adalah pilihan terbaik untuk terus menaungi bumiputera dan masyarakat majmuk di negara ini. Teruskan perjuangan Datuk Seri.



Utusan Melayu Online Rencana 20130915
Tags: deb, meb
Subscribe

  • Minuman manakah yang terbaik untuk penghidratan?

    Apabila anda dahaga dan memerlukan minuman, minuman manakah yang terbaik untuk memastikan anda terhidrat ? Pasti, anda sentiasa boleh…

  • Menghormati Hari Ibu

    Hari Ibu ialah percutian menghormati keibuan yang disambut dalam pelbagai bentuk di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, Hari Ibu 2023 akan…

  • Mencari IKIGAI Anda

    Kita semua pernah mendengar pepatah, "Ikuti keghairahan anda," bukan? Baiklah, di sini adalah untuk memberitahu anda bahawa ia tidak…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments