kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Gagasan selar tindakan Ka Siong

KUALA TERENGGANU 16 Sept. - Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) menyelar tindakan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong yang tidak habis-habis mempersoalkan ketelusan kerajaan termasuk rancangan Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.

Gagasan turut kesal dengan sikap bekas Timbalan Menteri Pendidikan itu yang mempersoalkan keberkesanan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tempoh hari.

Setiausaha Agung Gagasan, Syed Anuar Syed Mohamad berkata, pihaknya kecewa dengan kenyataan Ka Siong yang disifatkan keterlaluan dan seolah-olah senada dengan pihak pembangkang berkaitan perkara itu.

Menurutnya, sebagai bekas Timbalan Menteri Pendidikan dan merupakan Ahli Parlimen, Ka Siong tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan yang menggambarkannya sebagai penentang sesuatu dasar kerajaan kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan prasangka di kalangan rakyat.

"Gagasan pelik dengan tindakan Ka Siong yang sejak kebelakangan ini sering mengeluarkan kenyataan yang senada dan pro pembangkang.

"Jika dia (Ka Siong) masih berterusan bertindak sedemikian termasuk seolah-olah mewakili pendirian Dong Zong (Lembaga Pengurus Sekolah-Sekolah Cina), adalah lebih baik dia berundur saja daripada kerajaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda MCA itu semalam yang meminta Perdana Menteri tidak hanya mengutamakan penyertaan bumiputera dalam syarikat milik kerajaan (GLC) kerana firma tersebut turut dibiayai sumber awam.

Malah, Ka Siong juga sebelum ini mempertikaikan pengisian dalam PPPM 2013-2025 dengan menyarankan agar waktu tambahan pembelajaran subjek Bahasa Malaysia (BM) di semua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) diselaraskan kepada 210 minit, bukannya 240 minit.

Syed Anuar seterusnya hairan dengan sikap Ka Siong terutama dalam menyentuh kandungan PPPM 2013-2025 sedangkan bekas Timbalan Menteri Pendidikan itu sendiri terlibat dalam peringkat awal merangka pelan berkenaan.

Katanya, sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian, pemimpin MCA itu sepatutnya mengambil kira terlebih dahulu perkara yang menyentuh soal kesamarataan dan juga keadilan.

Beliau menjelaskan, berdasarkan keadilan, usaha kerajaan mengutamakan penyertaan bumiputera dalam GLC adalah wajar kerana ia bukan sahaja membantu merapatkan jurang ekonomi antara kaum tetapi juga demi kepentingan hak kaum bumiputera.

"Begitu juga berkaitan tambahan tempoh waktu pembelajaran BM di SJKC yang terkandung dalam PPPM 2013-2025, kerajaan sentiasa adil bagi membolehkan anak-anak kaum Cina dapat menguasai BM dengan lebih baik," katanya.



RADHUAN HUSSAIN utusanterengganu@utusan.com.my Utusan Malaysia Online Dalam_Negeri 20130917
Tags: blueprint, pppm
Subscribe

  • Politik , Politicking

    Politik dan bermain politik ( politicking) adalah merupakan definisi agak mudah sehingga sering digunakan secara longgar. Politik adalah cara…

  • Membaca Terlalu Banyak Berita Politik

    Mengamati dan taksub akan isu politik boleh membahayakan kesejahteraan, kebahagiaan dan hubungan anda Tak kira ketika musim pilihan raya atau…

  • Fitnah dan Memburukan

    Minta maaf atau sedia di saman , minta maaf atau jumpa di mahkamah sudah menjadi ‘bahasa pertuturan’ kegemaran masa kini baik kepada…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments