kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Chin Peng tiada kaitan kemerdekaan negara

Kuala Lumpur: Perjuangan ke arah kemerdekaan negara dicapai melalui hasil usaha tokoh kemerdekaan dan anggota pasukan keselamatan yang sanggup mempertaruhkan nyawa bagi mempertahankan kedaulatan negara.

Dakwaan bahawa bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng adalah penyumbang ke arah kemerdekaan negara adalah tidak benar sama sekali, malah ia hanya membangkitkan kemarahan rakyat.

Ketua Timbalan Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya, Prof Dr Yahaya Ibrahim, berkata perjuangan Chin Peng banyak membawa kemudaratan kepada masyarakat tempatan pada waktu itu serta perjuangannya juga bercanggah dengan tuntutan negara yang mempunyai sistem Beraja.

Beliau yang juga Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berkata, pengiktirafan dalam apa bentuk sekali pun tidak wajar diberikan kepada Chin Peng kerana perjuangan dia berlandaskan komunis dan ideologi yang dibawa juga amat bertentangan dengan agama serta budaya masyarakat Islam.

Komunis lebih kejam

“Perjuangan komunis yang dibawa adalah lebih kejam daripada British kerana kumpulan itu membenarkan rakyatnya beragama,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Jayum Jawan berkata, pengiktirafan yang selayaknya diberikan kepada Chin Peng adalah pengganas komunis yang cuba menjatuhkan kerajaan yang sah pada ketika itu.

Beliau berkata, Chin Peng tiada tempat dalam perjuangan kemerdekaan, sebaliknya cuba mewujudkan sistem komunis yang banyak mengorbankan rakyat.

“Pengiktirafan sebagai pejuang kemerdekaan terlalu tinggi kedudukannya, adakah kita mahu mengangkat beliau setaraf dengan Tunku Abdul Rahman?

“Biarlah dia pergi bersama sejarahnya dan isu untuk membawa pulang jasadnya juga tidak perlu kita pertimbangkan,” katanya.

Berita Harian Online Nasional 18/09/2013
Tags: chin peng, communist, komunis, merdeka
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments