kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Al-Kisah Melayu Malaysia 'mewafatkan' mayat Chin Peng ... Melayu 1

CHIN Peng sudah mati. Namun, segelintir rakyat Malaysia juga mati fikiran mereka. Mereka mahu supaya mayat komunis itu atau abunya dibawa pulang dan diberi penghormatan.

Ramai pula Melayu dalam laman sosial yang menangisi pemergian pemimpin komunis itu. Ada yang berkata Chin Peng sudah wafat! Mereka mahu mayatnya dikebumikan di tanah air ini.

Seorang lagi pemuda Melayu semasa 'bertwit' menulis: Mayat Chin Peng akan dibawa pulang? Kami anak muda sedia sahut dan urus jenazah pejuang itu!

Tidak pasti apakah budak itu sedar apa yang dia cakap? Atau hanya mahukan perhatian murahan.

Sedarkah dia berapa ramai orang kampung dan askar-askar Melayu dan kaum lain terbunuh dan dibunuh angkara kezaliman komunis di zaman itu.

Budak itu adalah pengikut tegar PKR. Adakah para pemimpinnya Anwar Ibrahim (yang kini sudah terlalu senyap) atau isterinya Wan Azizah juga berfikiran sama seperti budak itu?

Kita cabar Anwar dan Wan Azizah nyatakan pendirian mereka terhadap Chin Peng. Apakah pendirian mereka juga sama macam budak itu?

Persoalannya di sini bukan untuk membincangkan mengenai kematian komunis itu, tetapi kesanggupan budak itu, bekas pelajar UiTM, yang tergamak membuat kenyataan sedemikian.

Dia bukanlah budak bodoh, tetapi sengaja cuba membuat provokasi dengan keadaan itu.

Dia mahu supaya pengikutnya, termasuk Anwar dan Wan Azizah menyokongnya dan dalam masa yang sama mahu supaya satu lagi pihak menghentamnya.

Kita juga tidak pasti apakah itu juga pendirian ibu bapa yang melahirkan anak itu ke dunia ini.

Persoalannya, mengapa hanya Chin Peng? Mengapa mereka hanya mendesak mayatnya dibawa pulang ke Malaysia, bagaimana pula dengan komunis Melayu yang lain, yang juga mati dalam buangan. Tak dengar bising pun meminta komunis Melayu yang mati di luar negara itu dibawa pulang!

Malangnya, budak-budak Melayu itu hanya menjaga pak turut daripada mesej yang ditiup oleh orang lain. Sedihnya.



Zaini Hassan Utusan Malaysia Online Rencana 20130918
Tags: chin peng, komunis, merdeka
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments