kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Al-Kisah Melayu Malaysia 'mewafatkan' mayat Chin Peng ... Melayu 2

SUDAHLAH Melayu ditekan orang asing kata kita bodoh, tak competent, tak cekap. Ironinya seorang Melayu, peguam Dr. Azmi Sharom sendiri berkata agenda ekonomi bumiputera yang diperjuangkan kerajaan tidak mengikut Perlembagaan (unconstitutional)?

Nampak gaya nasib Melayu dah tak lama. Kalau Melayu ini mati, barulah orang-orang ini akan berpuas hati.

Baca beritanya di dalam: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/najibs-bumi-agenda-is-unconstitutional-says-law-professor.

Mereka yang bercakap ini bukan orang miskin, mereka sudah tentu orang senang yang tidak tahu orang Melayu kampung mahu pun bandar masih memerlukan bantuan.

Orang putih di Britain pun, tanpa bantuan kerajaan dengan agenda kesihatan percuma (NHS) dan perumahan, mereka juga akan mati dan mengamuk. Bukan semua orang putih di UK dan di England itu kaya.

Samalah juga dengan orang Melayu di sini. Mereka perlu dibantu. Jika mereka dibantu apa salahnya? Adakah itu salah? Jika kita mahu keluarkan mereka daripada kemiskinan, apakah itu menyalahi Perlembagaan?

Sudah tentulah kedudukan kaum-kaum lain tidak dikecualikan, tapi keutamaan haruslah kepada kumpulan majoriti yang besar ini. Kerana jika yang besar ini mengamuk, buruk padahnya.

Namun, saya angkat tangan menyerah kalahlah jika ada orang Melayu macam lawyer Dr. Azmi Sharom berpandangan sebegini. Kita tahu Azmi ini juga bukan bodoh, dia ini bijak pandai.

Tetapi siapa Azmi ini? Menurut carian saya, dia ialah pensyarah di Universiti Malaya (UM). Seorang yang gemar menentang kerajaan. Anti-BN.

Jika diklik dan mencari namanya di YouTube dia banyak memberi kuliah kepada pelajar IPTS mengenai Perlembagaan.

Antara komen yang pernah disampaikannya juga ialah mengenai kebebasan beragama.

Dia juga ialah kolumnis akhbar The Star. Masih mengajar di Universiti Malaya dan mempunyai pengikut yang besar oleh kalangan bukan Melayu dan belia-belia Melayu Liberal, khususnya, pelajar undang-undang.

Dia mendakwa sebagai autoriti dalam Perlembagaan Malaysia.

Mungkin pensyarah lain tidak sehebat Azmi, kerana mereka tidak sevokalnya, atau tidak menulis dalam bahasa Inggeris di akhbar Inggeris, atau tidak memberi kuliah kepada para pelajar IPTS atau tidak berceramah mengenai Perlembagaan!



Zaini Hassan Utusan Malaysia Online Rencana 20130918
Tags: chin peng, komunis, merdeka
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments