kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Pengkhianat bukan wira

TINDAKAN segelintir rakyat kita sendiri yang cuba menonjolkan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), mendiang Chin Peng, yang meninggal dunia di Bangkok baru-baru ini sebagai wira dan pejuang negara cukup menyedihkan dan mengecewakan.

Hal ini kerana sejarah negara dengan jelas membuktikan betapa komunis menjadi ancaman yang cukup besar, melakukan pelbagai kemusnahan terutamanya kekejaman terhadap rakyat tempatan. Ringkasnya, ribuan nyawa terkorban, termasuk anggota pasukan keselamatan, angkara keganasan dan kekejaman komunis terhadap rakyat negara ini. Kenapa begitu mudah rakyat kita sendiri lupa tentang sejarah ini atau pura-pura lupa hanya untuk meraih pengaruh politik dalam kalangan masyarakat?

Seperti kata Bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd. Ghazali Mohd. Seth, dosa Chin Peng terhadap negara dan rakyat ini terlalu besar dan tidak boleh dimaafkan sama sekali.

Justeru tindakan untuk mengagungkan perjuangan Chin Peng dan komunis wajar dilihat sebagai usaha menafikan perjuangan para perajurit kita, malah ia boleh disifatkan sebagai tindakan menghina bekas-bekas perwira negara yang telah terkorban di tangan komunis dalam mempertahankan ibu pertiwi.

Kita berharap sangat agar pihak yang cuba mengangkat Chin Peng sebagai wira hentikan segera perbuatan tersebut. Baca dan fahamilah sejarah negara dan sejarah perjuangan komunis secara menyeluruh sebelum membuat sesuatu kesimpulan mahupun tuduhan.

Selami dan fahami juga hati dan perasaan ahli keluarga mangsa kekejaman komunis di negara ini tatkala kita cuba memuja Chin Peng dan perjuangannya.

Apa yang pasti komunis tetap komunis selamanya. Ideologi perjuangannya cukup nyata dan jelas. Maka tidak perlu dan tidak wajar ada rasa kasihan, apatah lagi usaha untuk menghalalkan perjuangan dan tindakan kejam mereka terhadap perwira negara.

Sekarang Chin Peng sudahpun menjadi sejarah. Biarlah sejarah menghakimi segala kekejaman dan keganasan yang beliau dan rakan-rakannya lakukan terhadap rakyat dan negara ini. Setiap nyawa yang terkorban serta setiap titisan darah yang diakibatkan oleh komunis tidak wajar dilupakan begitu saja.

Dalam hal ini generasi muda yang ada pada hari ini wajar dididik dan diberi penjelasan serta penerangan yang betul tentang kekejaman komunis serta perjuangan para perwira negara dalam melawan komunis dan mempertahankan negara. Jangan sesekali kita cuba memutarbelit fakta dan sejarah demi merasionalkan tindakan mahupun hujah kita.

Semoga pihak kerajaan terus tegas dalam soal ini. Tiada ruang untuk berkompromi mahupun bertolak ansur walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Kita tidak mahu pengkhianat diangkat sebagai wira hanya kerana kepentingan peribadi mahupun politik pihak tertentu.


NOOR MOHAMAD SHAKIL Serdang, Selangor Utusan Malaysia Online Forum 20130919
Tags: chin peng, komunis, merdeka, sejarah
Subscribe

  • Online education must continue

    Learning sessions and approaches through educational television will be taken to provide students without access to the internet but access to…

  • There are more things than PPSMI 2.0

    The PPSMI issue is back in the news. The BM Linguistic group is again against the proposal. It is seen as a one-man show by an obsessed man and…

  • What students need to know

    Unwrapping standard is a simple strategy for teachers to identify the skills and content knowledge needed in a lesson to ensure students are…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments