kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Kurang tepat kaitkan semangat guru dengan pilihan terakhir pekerjaan

'BANYAK guru tidak memiliki semangat untuk mengajar kerana profesion itu adalah pilihan terakhir dalam mencari pekerjaan'. Demikian satu daripada resolusi yang dibangkitkan dalam Forum Konsep Baharu Pendidikan Abad Ke-21 di Universiti Malaya pada 10 September lalu.

Benarkah guru tiada semangat mengajar? Berapa banyak yang terlibat dan apakah pendekatan yang digunakan untuk mengukur tahap minat mereka? Isu tidak minat ini sering dikaitkan dengan profesion perguruan. Adakah masalah ini tidak berlaku dalam profesion atau kementerian yang lain?

Eloklah soal minat ini diberikan penekanan dalam proses pengambilan pelajar untuk mengikuti kursus perguruan. Kaedah yang berkesan perlu digunakan dalam ujian dan temuduga supaya dapat dikenal pasti calon yang benar-benar berminat.

Jika calon A memiliki Sijil Pelajaran Malaysia dengan 10A berbanding calon B dengan 3A 7B; dan setelah dinilai calon B memiliki minat jauh lebih baik daripada calon A, siapakah yang lebih layak menjadi guru? Oleh itu kecemerlangan akademik sahaja bukan syarat mutlak kerana semangat keguruan perlu diambil kira dalam pemilihan pelajar yang mengikuti ijazah perguruan.

Namun perkara yang lebih mencabar ialah bagaimana untuk mengekalkan semangat guru dalam jangka panjang. Setelah 10 tahun berkhidmat, adakah minat mereka semakin meningkat atau berlaku sebaliknya?

Selaras dengan tranfomarsi pendidikan, maka pelbagai program dilaksanakan seperti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Satu Murid Satu Sukan dan yang terbaharu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Sudah tentu ini menuntut komitmen yang tinggi daripada setiap guru.

Tuntutan terhadap tugas hakiki guru ialah mengajar walaupun mereka menyedari tugas pentadbiran merupakan sebahagian daripada tanggungjawab mereka. Namun tugas tambahan dan perkeranian yang terlalu banyak boleh mengganggu fokus guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini boleh menjejaskan minat guru terhadap tugas hakiki.

Begitu juga peranan pentadbir sekolah khususnya dalam mengurus sumber tenaga pengajar perlu bijaksana misalnya dari segi kemahiran berkomunikasi, memberi penghargaan dan menghormati pandangan guru. Baharulah wujud suasana mesra guru.

Bagi guru yang terbukti bersemangat rendah, eloklah diberikan motivasi dan kursus. Namun apakah tindakan seterusnya jika mereka tetap berprestasi rendah?

Sebenarnya faktor yang mempengaruhi semangat guru adalah pelbagai seperti beban tugas, pentadbiran sekolah, penempatan, prasarana sekolah, disiplin murid, budaya masyarakat setempat dan sebagainya. Oleh itu kurang tepat jika hanya mengaitkan semangat guru dengan pilihan terakhir mendapatkan pekerjaan.



ZIN MARKAM Pontian, Johor Utusan Malaysia Online Forum 20130923
Tags: guru, teachers
Subscribe

  • Guru BDR

    Terpandang akan perkongsian sekumpulan bekas pelajar yang baru sahaja menamatkan pengajian 5 tahun di IPT jurusan pendidikan perguruan.…

  • Hari Guru: Kenangan mengajar pelajar dewasa

    Sama seperti belajar, mengajar adalah merupakan salah satu kerja dan usaha keras bahkan mungkin lebih sukar. Walaupun mengajar anak kecil…

  • Tidak mudah mengajar pelajar dewasa

    Mengajar pelajar dewasa boleh menjadi sangat bermanfaat, tetapi juga sangat mencabar. Kita tidak boleh lupa bahawa kita berurusan dengan…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments