kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Kuota khas untuk pelajar lelaki ?

TAHNIAH dan syabas diucapkan kepada pelajar yang telah berjaya menyambung pengajian mereka ke pusat-pusat pengajian tinggi di negara ini. Begitu juga mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan memperoleh pelbagai sumber biasiswa atau tajaan.

Ribuan pelajar telah mendaftar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang bermula September ini. Rata-rata kelihatan pelajar perempuan yang mendaftar lebih ramai daripada pelajar lelaki. Difahamkan jumlah pelajar wanita melebihi 70 peratus sedangkan pelajar lelaki hanya kurang daripada 30 peartus.

Apakah silapnya atau ke mana perginya remaja lelaki yang tidak tersenarai untuk menyambung pengajian mereka itu sedangkan mereka juga memohon untuk mendapatkan tempat dan layak untuk mengikuti segala kursus yang ditawarkan?

Apakah tiada kuota tertentu yang perlu disediakan untuk pelajar lelaki kerana diperhatikan setiap tahun seolah-olah pelajar lelaki tercicir untuk melanjutkan pengajian mereka ke IPTA atau kolej-kolej yang diiktiraf oleh kerajaan.

Masalah sebegini sepatutnya diatasi kerana apabila tidak seimbang di dalam pengambilan pelajar di antara lelaki dan perempuan menyebabkan kemungkinan berlakunya berbagai-bagai masalah sosial.

Kaji semula pengambilan dan tawaran yang hendak diberikan kepada pelajar dengan diberikan kuota sama rata. Ramainya mengikut merit jantina dan bukannya mengikut merit subjek yang terbaik daripada yang terbaik.

Begitu juga diharapkan apabila mengambil atau menawarkan pekerjaan hendaklah juga seimbang di antara lelaki dan perempuan. Diperhatikan juga tenaga kerja terutama sekali di jabatan-jabatan kerajaan dan swasta didominasi oleh kaum hawa sahaja.



SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL Ampangan, Seremban Utusan Malaysia Online Forum 20130926
Tags: ipt, ipta, kuota, lelaki
Subscribe

Recent Posts from This Journal

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments