kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Identiti Tugu Negara

TUGU Negara dibina hasil idea Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman sebagai simbolik memperingati jasa wira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan Malaysia pada suatu ketika dahulu.

Selain menjadi tumpuan pelancong, tugu yang terletak di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur itu juga pernah dijadikan lokasi sambutan Hari Pahlawan pada 31 Julai setiap tahun.


Sebanyak tujuh patung diperbuat daripada gangsa, masing-masing lima patung berdiri yang mewakili askar Tanah Melayu dan dua patung dalam kedudukan berbaring menunjukkan pengganas komunis terkorban ‘menghidupkan’ Tugu Negara.


Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang.

Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.

Pelbagai kisah menarik terdapat dalam sejarah pembinaan tugu negara ini.

Antaranya, pengeboman oleh pengganas komunis yang mengakibatkan satu daripada tujuh patung tersebut jatuh pada kedudukan asalnya dan tiga kepala patung tersebut turut menerima kesan sama.

Di sebalik patung-patung ini, terdapat identiti yang tidak diketahui umum.

Wartawan S2, MOHAMAD ARIFF MOHD. YUSOF bersama jurugambar HALIM KHALID, SHARANI SAIDI dan JEFFRI IRAN mengimbau kisah di sebalik tugu yang menjadi simbol sejarah lampau tentang perjuangan, pengorbanan dan patriotisme.



Utusan Malaysia Online Rencana 20131005
Tags: history, sejarah, tugu
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments