kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Musa Ahmad akhirnya tersedar komunisme ideologi yang bankrap

Sebagai manusia biasa, setelah begitu lama tinggal di Peking, China, pemimpin-pemimpin Melayu Parti Komunis Malaya (PKM) termasuk Pengerusinya, Musa Ahmad tidak dapat menyembunyikan naluri kemanusiaan mereka, apabila mereka rata-rata mula berasa rindu kepada kampung halaman.

Sebagai seorang yang mempunyai latar belakang agama yang kuat, Musa juga mula merasai jiwanya kosong dan menyedari komunisme merupakan ideologi yang bankrap, selain kecewa dengan perjuangan PKM yang tidak selari dengan perjuangannya selama ini, terutama berhubung kepentingan orang Melayu.

Sebagai seorang Islam, Musa mula merasakan dirinya tidak dapat lari daripada fitrah kehidupan bahawa seseorang manusia itu memerlukan agama dalam dirinya dan beliau perlu kembali kepada Islam sebagai ad-din.

Perasaan itu mula menyelinap di dalam dirinya setelah beliau merasakan keadaan kesihatannya semakin merosot ekoran dipanjat usia, selain mula memikirkan tentang masa depan keluarganya, terutama dua orang anak perempuannya.

Lebih-lebih lagi apabila beliau dan Chin Peng tidak lagi sehaluan berhubung perjuangan PKM, dan beliau tidak lagi dapat menerima cara kepimpinan Chin Peng, sehinggalah perbezaan itu membawa kepada pemecatannya sebagai Pengerusi PKM pada 1968.

Anggota Melayu PKM yang lain termasuk Shamsiah Fakeh dan suaminya Ibrahim Mohamad turut menyuarakan kerinduan mereka kepada kampung halaman dan ingin pulang ke Malaysia.

Musa mula meragui ideologi komunis pada 1969 sejak beliau berpindah ke flat di Radio Peking dan sejak itu sehingga 1974, Musa mula mengkaji semula pendirian politiknya dalam komunis. Perubahan drastik itu didorong oleh beberapa faktor:

l Pendedahan beliau kepada Revolusi Kebudayaan di China yang dilancarkan oleh Mao Tze Tung yang dilihat sebagai program yang gagal. Beliau merasakan komunisme, sama ada model Rusia mahupun China adalah tidak praktikal dan menindas.

l Perhubungannya dengan orang luar termasuk golongan profesional ketika bekerja dengan Radio Peking dari 1969 hingga 1974 mendedahkan beliau kepada keterbukaan, termasuk kritikan terhadap kerajaan China dan kelemahan komunisme.

l Selain itu beliau juga bimbang tentang masa depan dua orang anak perempuannya, Susila dan Suria jika beliau terus menetap di China dan lantaran itu memutuskan untuk kembali ke Malaysia.

Musa mula berfikir bahawa kebendaan dan menjadi seorang ateis (tidak beragama) tidak dapat memberi ketenangan kepadanya selain kembali kepada agama dan keimanan dan atas dasar itu memutuskan untuk pulang ke Malaysia.



Utusan Malaysia Online Rencana 20131005
Tags: communist, history, komunis, musa, pkm, sejarah
Subscribe

  • Big issues over riot in Little India

    Singaporeans hold contrasting views over whether this is an isolated incident or the tip of an iceberg of grievances coming to the fore. A BUNCH of…

  • Polarisasi politik di Thailand

    PEMBUBARAN Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum Februari depan bukanlah penyelesaian kepada krisis politik yang melanda Thailand ketika ini.…

  • Masyarakat kian alami polarisasi

    SEBELUM ini kita sering membicarakan tentang polarisasi kaum, seperti yang berlaku di institusi pengajian tinggi umpamanya, iaitu ketika kaum…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments