kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

PKM berkiblat kepada Parti Komunis China

Propaganda Parti Komunis Malaya (PKM) yang mendakwa parti itu berjuang untuk kemerdekaan Tanah Melayu untuk orang Tanah Melayu hanyalah pembohongan semata-mata, kerana kiblatnya tetap ke arah komunisme secara kekerasan.

Terdapat tiga entiti komunis utama yang menjalin hubungan rapat dengan PKM iaitu Parti Komunis China (PKC), Parti Komunis Kesatuan Soviet (PKSU) dan Parti Komunis Vietnam (PKV).

Secara umumnya, Vietnam memiliki ikatan teguh dengan PKSU yang secara tidak langsung membawa kepada persaingan terhadap PKC dalam meluaskan ideologi komunisme mengikut acuan masing-masing.

Dalam konteks PKM, tidak ragu-ragu lagi memang menganggap Parti Komunis China sebagai parti induk, yang menubuhkan Jabatan Perhubungan Antarabangsa (ILD) dan berperanan membantu, melatih dan menjalin hubungan dengan parti-parti komunis di dalam negara itu dan juga di luar negara.

ILD juga dibawah seliaan Jawatankuasa Pusat PKC berkenaan cara berhubung dengan parti luar, kajian terhadap dasar-dasar, personaliti, doktrin-doktrin dan aktiviti semua parti komunis dan usaha penggalakkan personaliti atau kumpulan pro-China dalam pertubuhan tersebut.

Keputusan China untuk terus menyokong gerakan bersenjata di Asia Tenggara, sebagai parti yang tunduk kepada PKSU jelas terbukti pada arahan dan pengaruh yang diberikan oleh China kepada PKM.


CHIN PENG (kiri) dan Lee An Tung (tengah) bergambar bersama Siao Chang, setibanya di Peking, China pada April 1961.
Chin Peng meninggalkan orang-orangnya berperang di belantara sementara dia menikmati hidup mewah di China.


Buktinya apabila pemimpin PKM, Chin Peng bergegas ke China pada 1961 bagi mendapatkan nasihat dan panduan daripada PKC berikutan kegagalan gerakan gerila PKM di Tanah Melayu, Setiausaha Agung Parti Komunis China ketika itu, Teng Hsiao Peng telah mengarahkan supaya revolusi bersenjata PKM bukan sahaja diteruskan tetapi juga diperhebatkan, walaupun hanya tinggal dua atau tiga tenteranya yang masih hidup.

Kegiatan PKM di China dipantau oleh ILD dan semua perkara dasar penting yang diluluskan oleh PKM mesti dirujuk kepada ILD.

Dari tahun 1960 hingga 1965, Hsiao Peng kerap mengadakan taklimat dengan PKM mengenai perkembangan terkini pergeseran China dan Soviet; sekali gus mengisyaratkan supaya PKM mengikut telunjuk China dalam isu tersebut.

Menjadi kelaziman bagi pegawai-pegawai ILD untuk memberi taklimat kepada delegasi PKM ke persidangan antarabangsa mengenai dasar-dasar Kesatuan Soviet. Selain itu, PKM juga dikehendaki mengemukakan laporan penuh kepada ILD sebaik kepulangan mereka dari sesuatu persidangan.

Pengaruh kuat Parti Komunis China bukan sahaja terhadap PKM tetapi juga parti komunis Thailand, Burma (kini Myanmar), Filipina dan Indonesia.

China bukan sahaja menyalurkan bantuan moral dan material seperti wang dan senjata tetapi juga memberi perlindungan kepada individu-individu yang diburu oleh pihak berkuasa negara masing-masing.



Utusan Malaysia Online Rencana 20131005
Tags: chin peng, communist, komunis, pkm, sejarah
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments