kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Pertembungan pengaruh Moscow, Peking

PERTEMBUNGAN pengaruh dan kuasa antara Parti Komunis China (PKC) dan Parti Komunis Kesatuan Soviet (CPSU) ketika era perang dingin, mempunyai kesan yang cukup besar kepada perjuangan, dasar dan kepimpinan Parti Komunis Malaya (PKM) ketika itu.

PKM yang banyak menerima sokongan, bantuan (termasuk dana dan kelengkapan senjata), dan latihan ideologi komunis daripada PKC (Peking) lebih condong menyokong Peking dalam konflik antara PKC dan CPSU, walaupun pada masa yang sama tidak memutuskan hubungan dengan CPSU atas dasar mendokong ideologi yang sama.

PKC banyak mempengaruhi pemimpin-pemimpin PKM dalam perjuangan bersenjata di Tanah Melayu, dan pemimpin-pemimpin PKM pula amat akur dengan kehendak PKC kerana berasa 'terhutang budi' dengan PKC yang banyak menyokong dan membantu PKM dalam banyak hal terutama bantuan kewangan dan latihan.

Sehubungan itu, PKC (Peking) tidak selesa melihat kepimpinan PKM menjalinkan hubungan yang rapat dengan Vietnam dan Albania, kedua-dua negara itu condong menyokong CPSU.

PKC juga sering curiga, sekiranya pemimpin-pemimpin PKM sering mengadakan lawatan ke Vietnam atau Albania, lebih-lebih lagi ke Kesatuan Soviet (Moscow).

Jika pemimpin-pemimpin PKM menghadiri persidangan antarabangsa atau kongres parti-parti komunis dari negara luar, PKC akan memastikan pemimpin-pemimpin PKM tidak dipengaruhi oleh ejen-ejen CPSU.

Maka, nasihat dan arahan akan dikeluarkan oleh ILD bagi memastikan pemimpin PKM akur dengan situasi itu.

Di pihak PKM pula, Chin Peng akan memastikan pemimpin-pemimpin PKM yang mewakili PKM pada mana-mana persidangan antarabangsa atau kongres anjuran parti-parti komunis dari luar negara sentiasa mendokong dan menyokong dasar-dasar PKC secara jelas.

Bagi memastikan perkara itu dipatuhi, PKC melalui ILD menetapkan mana-mana pemimpin PKM yang ingin ke luar negara atas sebarang alasan perlu mendapat kelulusan daripada agensi itu.

Begitu juga dengan Chin Peng, beliau menunjukkan dengan jelas pendiriannya berhubung situasi itu.

Dalam beberapa insiden, beliau pernah melarang pemimpin PKM menjalin hubungan atau mengadakan lawatan ke negara-negara komunis yang menjadi sekutu CPSU seperti Vietnam, Rumania dan Albania.

Sehubungan itu, perjuangan bersenjata PKM adalah digerakkan atas dasar selari dengan dasar Parti Komunis China (PKC) yang mendokong perjuangan bersenjata sebagai model perjuangan mereka, sementara CPSU lebih menekankan kepada konsep perdamaian dan de-Stalinisation.

Dasar CPSU itu jelas dinyatakan oleh Nikita Sergeevich Khrushchev yang merupakan Setiausaha Pertama CPSU dari 7 September 1953 hingga 14 Oktober 1964, yang memerintah Kesatuan Soviet selepas Joseph Stalin, pada persidangan antarabangsa dan kongres parti-parti komunis.



Utusan Malaysia Online Rencana 20131007
Tags: chin peng, history, khrushchev, komunis, pkm, sejarah
Subscribe

  • Baik pulih vagina

    FAKTOR usia bukan sahaja menyebabkan kecantikan seseorang wanita itu mula pudar, malah, mengakibatkan perubahan kepada fungsi dan struktur organ di…

  • Sihat lepas bersalin

    MENGANDUNG adalah satu proses yang akan menyebabkan berlaku perubahan pada urat-urat saraf di bahagian badan wanita. Kemudian, apabila selepas…

  • Semua akan hilang kerana politik dan berpolitik

    Politik dan bermain politik ( politicking) adalah merupakan definisi agak mudah sehingga sering digunakan secara longgar. Politik adalah cara…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments