kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

‘Tekong jutawan’ tabur duit

Johor Bahru: Kewujudan ‘tekong jutawan’ mampu menyediakan dana puluhan ribu ringgit untuk menyediakan bot canggih dan berkelajuan tinggi menjadi antara punca aktiviti penyeludupan rokok haram ke negara ini sukar dibanteras pihak berkuasa.

Malah, untuk mencapai kelajuan maksimum ada antara bot digunakan penyeludup dilengkapi sehingga empat enjin dengan setiap satu memiliki 300 kuasa kuda.


Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) turut mengesan penyeludup menggunakan ‘laluan tikus’ untuk membawa keluar dan masuk pendatang asing sebagai lokasi untuk membawa masuk bekalan tembakau itu dan antara kawasan sudah dikenal pasti ialah Sedili, Kota Tinggi dan Pengerang. Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Adon Shahlan berkata, ada antara bot yang digunakan penyeludup terbabit mampu meluncur pada kelajuan sehingga 60 knot menyebabkan usaha untuk memintas sukar dilakukan. “Selain itu, sikap berhati-hati penyeludup yang sering mengubah lokasi pendaratan juga menyebabkan pihak berkuasa sukar mengesan kehadiran mereka.

“Bukan itu saja, penyeludup kini menggunakan laluan lebih jauh untuk mengelakkan bertembung bot APMM,” katanya.


Beliau berkata, hasil analisis dijalankan pihaknya juga mendapati penyeludup menggunakan beberapa taktik terbaru antaranya menghanyutkan rokok yang diseludup masuk di tengah laut sebelum diambil orang perantaraan dari negara ini.


Kebiasaannya, tekong yang berpangkalan dari negara jiran itu akan menetapkan lokasi tertentu sebelum menghanyutkan bungkusan rokok berkenaan di tengah laut.

“Taktik ini menyukarkan pihak kami bertindak kerana hanya penyeludup dan orang perantaraan saja tahu lokasi atau tanda khas untuk mengenal pasti bungkusan dihanyutkan itu,” katanya.


Sumber: Harian Metro Setempat Muka Surat 10 dan 11, 07 Oktober 2013

Yusri Abdul Malek, Amir Abd Hamid, Salman Hamat, Fardy Bungga, Adnan Mohamad dan Zuliaty Zulkiffli Harian Metro Setempat Muka Surat 10 dan 11, 07 Oktober 2013
Tags: rokok, seludup
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments