kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Angkat perahu demi Mykad

DALAM memastikan 28 juta rakyat Malaysia memiliki dokumen pengenalan diri, cabaran yang ditempuh kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tentunya bukan sedikit.

Selain menghadapi kerenah dan ragam manusia yang pelbagai, mereka juga perlu memikirkan cara untuk memastikan bagaimana rakyat negara ini biar tinggal di ceruk mana sekali pun mempunyai Mykad demi memperolehi hak masing-masing selaku warganegara Malaysia.

Berkongsi pengalaman, Pengarah JPN Labuan, Daim Gunting, 51, memberitahu ada ketikanya kakitangan JPN perlu menghabiskan masa sehingga hampir seminggu kawasan pedalaman semata-mata untuk menunaikan tanggungjawab.

“Kadang kala, kami terpaksa meredah laluan balak sehingga lebih enam jam dan tersangkut di kawasan tersebut akibat cuaca buruk sehingga mengakibatkan banjir, tanah runtuh dan sebagainya.

“Ada pula kawasan terpaksa diredah menggunakan perahu. Apabila sampai ke kawasan cetek, kami pula yang perlu angkat dan tolak perahu. Tetapi semuanya diredah demi tugas," katanya yang sudah 26 tahun berkhidmat dengan JPN.

Tambahnya, setelah sampai ke kawasan pedalaman, keselesaan perlu dilupakan memandangkan ada kalanya tuntutan tugas memerlukan mereka bermalam di situ selama dua atau tiga hari.

“Waktu itu keselesaan bukan lagi menjadi keutamaan. Di mana saja kami boleh tidur, bekerja, makan atau membersihkan diri," katanya.

Begitupun jelasnya, segala kepayahan, kesukaran dihadapi akan terbayar dengan kepuasan yang sukar dinilai setelah melihat segala usaha dilakukan mereka amat dihargai penduduk di kawasan pedalaman.

“Mereka gembira melihat kedatangan kami. Tersenyum lebar mereka apabila menerima Mykad tertera gambar masing-masing.

“Bagi mereka, itu peluang untuk mereka menerima bantuan daripada kerajaan. Mereka juga sedar kad itulah yang menunjukkan betapa mereka tidak mempunyai perbezaan dengan rakyat Malaysia di tempat lain," ujarnya.



Artikel Penuh: Utusan Malaysia Online Rencana 20131102
Tags: ic, jpn, mykad
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments