kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

GLC dan iklan

GESAAN seorang pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Mohamad Md. Yusoff agar diwujudkan Dasar Pengiklanan Negara (DPN), menarik perhatian.

Antara matlamat DPN adalah bagi mengawal industri iklan, menangani lambakan iklan asing dan mendaulatkan Bahasa Kebangsaan.

Mohamad turut membangkitkan sikap banyak syarikat milik kerajaan (GLC) yang tidak lagi memberi keutamaan kepada akhbar berbahasa Melayu.

Tidak silap Awang bukan kali pertama Mohamad membuat gesaan itu tetapi setakat ini tiada respons daripada mana-mana pihak.

Berdasarkan kajian terbaharu AmResearch, perbelanjaan pengiklanan (adex) untuk akhbar berbahasa Melayu merosot 1.8 peratus sehingga September lalu, walaupun adex industri mencatat pertumbuhan sebanyak 3.7 peratus.

Menurut RHB Research pula, bagi September sahaja, adex akhbar berbahasa Melayu jatuh 26 peratus kepada RM116 juta berbanding RM154 juta untuk tempoh sama tahun lalu.


Kebanyakan "penyangak-penyangak" yang dimaksudkan ada disini.

Ini berbeza dengan akhbar Cina dan Inggeris yang masing-masing meningkat 8.9 peratus dan 7.2 peratus.

Awang sendiri resah memikirkan masa depan Bahasa Kebangsaan dalam industri pengiklanan termasuk melalui media massa.

Apatah lagi apabila menyentuh sikap GLC yang tidak lagi mengutamakan iklan kepada akhbar berbahasa Melayu.

Ramai peneraju GLC seperti sudah hilang jati diri dan lupa hakikat kewujudan GLC itu sendiri. Mereka menyerahkan penentuan iklan misalnya kepada pihak industri terutama agensi yang banyak dikawal oleh ekspatriat, golongan rasis dan liberal yang tidak bertunjangkan perlembagaan.

Alasan yang selalu diberi oleh pihak industri adalah atas pertimbangan komersial semata-mata, yang sebenarnya terdedah kepada manipulasi.

Persoalannya, bagaimana kita mahu menyandarkan masa depan kedaulatan Bahasa Kebangsaan kepada ekspatriat dan golongan tersebut?

Dalam satu sesi perbincangan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut mempersoalkan beberapa bank dan syarikat telekomunikasi di bawah GLC yang yang kurang mengiklan dalam akhbar Bahasa Kebangsaan.

Antara nama yang disentuh adalah Celcom, CIMB dan Petronas. CIMB misalnya, walaupun majoriti pengguna adalah Melayu tetapi lebih ghairah mengiklan untuk akhbar Inggeris dan bahasa ibunda.

Awang pun sudah hilang rasa setia menjadi pelanggan Celcom. Pilihan terbentang luas. Untuk apa lagi menyokong GLC yang lesu agenda mendaulatkan bahasa dan pemerkasaan ekonomi bumiputera.

PPIM turut membuat rumusan yang lebih mengganggu fikiran. Sebahagian GLC menurut pengamatan NGO itu, memberikan lebih banyak iklan kepada media yang menentang kerajaan semasa PRU-13, mempersoalkan perlembagaan dan bersikap rasis terhadap kepimpinan Melayu.

‘‘Media berkenaan yang ghairah membawa aspirasi dan agenda pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan, terus diberi ganjaran lumayan menerusi iklan oleh GLC.

‘‘Perolehan iklan yang banyak itu akan terus digunakan sebagai senjata untuk menggugat dan melemahkan kerajaan,’’ demikian kata Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan.

Awang setuju dengan Nadzim. Mesejnya, GLC telah memperkasakan pihak yang salah kerana membenarkan diri terperangkap dalam putaran ganas yang dicaturkan oleh industri iklan.

Ternyata kita tidak mengambil pengajaran.

Nota: "GLIC ditakrif sebagai syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan Persekutuan, yang memperuntuk sebahagian atau semua dananya kepada pelaburan GLC. Ditakrif mengikut pengaruh Kerajaan Persekutuan dalam; melantik/melulus anggota Lembaga dan pengurusan atasan, dan menetapkan supaya individu ini melapor terus kepada Kerajaan, selain Kerajaan menawarkan dana untuk operasi dan/atau menjamin modal (dan sedikit pendapatan) yang diletakkan oleh pemegang unit. Takrif ini meliputi tujuh GLIC: KWSP, Khazanah, KWAP, LTAT, LTH, MKD dan PNB." Sumber: Khazanah Nasional

Bisik-Bisik MingguanUtusan Malaysia Online Rencana 20131103
Tags: glc
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments