kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Siri navigasi terkini

TRANSFORMASI penciptaan sistem pengemudi satelit (GPS) begitu pantas seiring dengan pengeluaran pelbagai gajet dalam era teknologi serba canggih ketika ini.

Garmin tidak terkecuali apabila baru-baru ini memperkenalkan model GPS siri terkini iaitu nuvi 2567LM ke pasaran tempatan.

Mengapa GPS ini dianggap siri lanjutan untuk kereta anda? Model nuvi 2567LM mempunyai paparan bersaiz lima inci cerah dengan keupayaan dua orientasi iaitu kegunaan menegak atau mendatar.



Siap la ... Harga: RM799.00

Bukan sekadar itu saja, ia sudah dimuatkan dengan peta Malaysia dan Singapura. Malah kemas kini peta secara percuma dan seumur hidup pasti memikat sesiapa saja yang baru mencari-cari GPS buat pertama kali.

Peta yang dikemas kini memudahkan anda mencari laluan terbaru dan ikon tempat menarik (POI) dan maklumat navigasi. Peta terbaru boleh dimuat turun tanpa sebarang bayaran.

Dengan data yang begitu banyak, nuvi 2567LM memudahkan pencarian alamat dan pelbagai POI seperti pusat perniagaan, kedai, restoran dan destinasi lain.

GPS ini sudah dimuat turun dengan POI, jadi tidak perlu memasukkan maklumat alamat. Cuma pilih satu atau banyak dan terus mulakan navigasi dengan pantas dan mudah. Anda juga boleh menambah POI dalam nuvi 2567LM untuk kepuasan tersendiri.

Ciri terbaru dalam GPS terbabit ialah arahan suara Garmin yang diberi nafas baru apabila arahan berkenaan lebih mudah difahami ketika memandu dengan panduan umpama seorang kawan, menggunakan mercu tanda yang mudah dikenali, bangunan dan lampu isyarat.

Tiada lagi tekanan untuk membaca nama jalan. Pakej arahan dengan suara terbaru Garmin ini hanya boleh diperolehi dengan GPS keluaran Garmin.

Selain itu, kecanggihan nuvi 2567LM juga mengatasi produk jenama lain kerana boleh disesuaikan dengan Garmin Smartphone Link iaitu dengan iPhone atau telefon pintar Android. Aplikasi ini membantu anda menghantar lokasi atau alamat dari Google maps di telefon pintar anda dan melihat ramalan cuaca.

Aplikasi yang menghantar sesuatu lokasi yang dicari melalui telefon pintar anda amat memudahkan pengguna GPS kerana anda tidak lagi perlu memasukkan alamat sebaliknya mencari melalui telefon pintar yang dimuat turun dengan Google maps.

Sementara itu, nuvi 2567LM mempunyai arahan bersuara. Anda cuma perlu cakap dan GPS memberi tindak balas secara bijak dan anda hanya perlu memberi tumpuan memegang stereng. Caranya mudah, arahkan GPS `Find Address’ dan sebutkan alamat penuh untuk memulakan navigasi.

Tidak ketinggalan, nuvi 2567LM memberikan paparan peta sepanjang masa dan maklumat tambahan kelihatan di sisinya. Untuk lebih lengkap, cuma tanya atau sentuh skrin. Ketika menghampiri destinasi, ia memberitahu sebarang perkhidmatan berdekatan termasuk restoran, stesen minyak, hospital dan kedai.

Ia juga memaparkan had kelajuan, kelajuan terkini dan anggaran masa tiba di destinasi. Dengan pantas pemandu boleh membaca nama jalan yang dilalui ketika itu.

Ruang pencarian juga mudah digunakan. Taip sebarang kata kunci atau alamat, destinasi yang dicari akan muncul.

Pemandu turut tidak perlu bimbang bagi memilih lorong mana yang betul kerana gambar persimpangan sebenar dipaparkan di skrin bagi memberi arah dan menghampiri setiap susur keluar serta menjadikan persimpangan yang tidak biasa dilalui mudah dilalui.

SPESIFIKASI
Dimensi: 13.7 x 8.3 x 1.9 sm
Saiz Paparan: 11.1 sm (lebar) x 6.3 sm (panjang)
Resolusi paparan: 480 x 272 piksel
Jenis paparan: WVGA warna TFT dengan lampu belakang
Berat: 188 gram
Bateri: Lithium-ion boleh cas semula
Jangka hayat bateri: sehingga dua setengah jam
Harga: RM799.00
Pertanyaan: Hubungi Aeco Technologies (M) Sdn Bhd 03-9285 8062


Berita Harian Online Teknologi 07/12/2013
Tags: garmin, gps, ict, teknologi
Subscribe

  • Langkah Kajang', langkah malang

    ARENA politik pasti mencatatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebagai 'satu sejarah hitam' dalam politik negara. Bermula…

  • Demokrasi PKR yang tercalar

    Aduan Bantahan Pemilihan Paling Banyak Dalam Sejarah Politik Malaysia Jika pada pemilihan lepas terdapat 160 aduan rasmi daripada ahli dan…

  • All-out war for the big post

    The earth has been rumbling under the feet of Tan Sri Khalid Ibrahim as speculation grows that Selangor may soon be getting a woman Mentri Besar.…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments