kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Tamadun musnah kembali dihuni manusia purba

PENYELIDIKAN di Bukit Bunuh juga telah menemukan bukti kemusnahan tamadun dan budaya awal pada zaman Paleolitik akibat jatuhan meteorit sekitar 1.83 juta tahun dahulu (td).

Ini menunjukkan sebelum kejadian tersebut, Bukit Bunuh di Lembah Lenggong didiami manusia purba, namun akibat impak meteorit, tamadun di situ musnah sama sekali.

Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Mokhtar Saidin berkata, walaupun tiada bukti rangka manusia ditemui tetapi alatan batu yang pernah digunakan penduduk awal seperti kapak genggam yang melekat pada batu suevit menjelaskan bahawa Bukit Bunuh pernah dihuni manusia.

Menurutnya, sebelum impak meteorit, kawasan Bukit Bunuh didiami manusia purba kerana terdapatnya sebuah tasik kuno yang berkeluasan tiga kali ganda daripada Tasik Raban sekarang.

Katanya, kehidupan manusia dapat berlangsung kerana mereka memperoleh bekalan air untuk minuman dari tasik, selain ikan sebagai sumber makanan.



MOKHTAR Saidin memegang batu suevit yang di dalamnya terdapat kapak genggam berusia 1.83 juta tahun.

"Jadi, penemuan kapak genggam yang melekat pada batu suevit akibat terlebur semasa jatuhan meteorit menjadi satu-satunya bukti yang menunjukkan kawasan itu didiami manusia sebelum 1.83 juta td.

Walaupun tamadun manusia musnah akibat impak meteorit yang membentuk kawah berdiameter lapan kilometer (km) persegi di Bukit Bunuh, namun kawasan itu kembali dihuni manusia dari semasa ke semasa.

Menurut Mokthar, manusia kembali mendiami Bukit Bunuh selepas impak meteorit berdasarkan bukti penemuan tamadun dan budaya sekitar 40,000 td dan 30,000 td.

"Di tapak berdekatan seperti Bukit Jawa, Temelong dan Lawin pula, terdapat bukti menunjukkan kawasan tersebut telah didiami manusia sekitar 200,000 td," katanya.

Tambahnya, bukti lain adalah penemuan rangka manusia di gua mulai tahun 10,000 td sehingga 1,000 td, sekali gus membuktikan Lembah Lenggong memiliki rekod tumpuan penduduk yang begitu lama sehingga menjadikannya sebagai pusat perkembangan budaya terawal manusia.



Utusan Malaysia Online Rencana 20131214
Tags: ancient, history, sejarah
Subscribe

  • Kisoh Igak Ikang

    Doh wak gane ni orrrkk , kisoh petang ning lepah ' minung bir' .... bace deh ... kawang daghi ganu ato ... jangang maghoh ke ambe plok ...…

  • Kursus Bahasa Untuk Penerbangan ~ Loghat Perthliess (Abi)

    Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Sat lagi kita nak mendaghat di Lapangian Teghebiang Cupin Tali pinggiang tu tulung pakai takut nye pelantin pi depan sat…

  • History of the Old Melake

    Soalan KBAT atau Higher Order Thinking Skills Malayan Examination Chong worried over emphasis on exam results JERANTUT: An education system that…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments