kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Garis panduan PKM bunuh ejen SB

DALAM fail sulit yang tidak pernah didedahkan kepada umum selama ini, ketua gerila komunis Chong Chor turut memberi butiran mengenai 'garis panduan' yang diguna pakai oleh PKM dalam dasar menghapuskan ejen kerajaan dan anggota polis Cawangan Khas (SB).

Menurut Chong Chor, anggota jawatankuasa pusat PKM Nam Yat menetapkan garis panduan yang harus dipatuhi iaitu 'pengkhianat' yang berpaling tadah terhadap PKM semasa perang anti-British sebelum 1960 boleh dimaafkan sekiranya mereka tidak melakukan sebarang tindakan memudaratkan parti. Bagaimanapun, mereka tidak boleh bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mensabotaj kerja-kerja revolusi.

Mengenai pengkhianat PKM yang masih berkhidmat dengan pasukan keselamatan dan anggota SB, mereka adalah sasaran utama untuk dihapuskan.

Dengan menghapuskan mereka, tindakan tersebut boleh menjejaskan strategi-strategi kerajaan melawan PKM dan pada masa yang sama, melonjakkan moral para penyokong serta orang ramai untuk bersama PKM.

Berkenaan sasaran, Nam Yat kata Chong Chor, memberikan pilihan kepada unit-unit PKM untuk membuat keputusan dengan menubuhkan 'skuad bergerak' atau skuad pembunuh masing-masing.

Paling menakutkan PKM adalah ejen kerajaan yang menyusup masuk ke dalam parti. Sekiranya dikesan, tiada belas kasihan diberikan dan mereka hendaklah dibunuh.



Utusan Malaysia Online Rencana 20131218
Tags: komunis, pkm, sejarah
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments